Rakyat majoriti Malaysia dikatakan selalu terjebak dalam skim cepat kaya(scam). Skim cepat kaya bukan baru bermula sekarang tetapi semua ini bermula sejak zaman dahulu lagi.
Objektif mereka tetap sama iaitu menipu wang anda tetapi yang membezakan adalah modus operandi untuk mengelabui mata mangsa. Jika kita imbas kembali, skim cepat kaya pada awalnya suka menggunapakai nama ‘duit kutu’. Sistem sama seperti duit kutu yang dimainkan oleh emak-emak di kampung. Setiap peserta akan bayar sekian sekian jumlah dan menerima pada pusingan tertentu.
Apabila dijadikan skim, sistem kutu tidak dapat bertahan berikutan modal tidak mencukup untuk dipusing. Akhirnya ramai yang terciduk dan mempersalahkan orang lain. Skim cepat kaya bukan setakat menghasilkan mangsa yang kehilangan wang tetapi juga menjadikan mangsa mereka ketagihan untuk cepat kaya. Perhatikan ramai sahaja orang yang gelarkan diri mereka pejuang bebas kewangan dan sebagainya. Rupa-rupanya tahi MLM, kaki skim cepat kayap dan ‘kaki judi tegar’.
Tak kurang juga skim cepat kaya yang menggunakan instrument emas. Jika masih ingat tentang Geneva, RGCX, VGMC dan lain lain, semua bermula dengan corak promosi yang sama iaitu memiliki emas di lombong sebanyak bertan-tan. Kemudian tak lama selepas itu, datang pula Emas Tok Berlagak dan sewaktu dengannya.
Ada yang menggunakan ‘forex’ sebagai objektif pelaburan skim mereka. Forex diwartakan haram di Malaysia dari segi undang-undang. Dari segi hukum syarak, fatwa Muzakarah Kebangsaan menetapkan fatwa, hukum forex haram dan tidak boleh dijalankan oleh umat Islam.
Walaupun segelintir cuba mengetengahkan pendapat minoriti yang mengatakan forex dibolehkan tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita tertakluk dengan hukum dikeluarkan oleh Ulul Amri yang diwakilkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada pula sesetengah penggubal skim cepat kaya cuba menunggang agama dan kecanggihan dunia digital masakini bertujuan untuk mengelirukan mangsa. Dari dahulu hingga kini, berapa puluh billion wang telah hangus dan dilarikan oleh pemilik skim dan ramai yang telah menderita. Bagi sesetengah orang sukar untuk mengawal perasaan tamak hingakan apa sahaja yang mereka punya akan digadai bertujuan melabur dalam skim ponzi ini.
Menurut kajian dari sebuah universiti tempatan, ada 5 sebab utama mengapa rakyat Malaysia terjebak dengan skim cepat kaya.
#1- Terdesak memerlukan wang
Dalam Pyschology of Money oleh Naval Ravikant, disebut bahawasanya jika kita ingin melabur disebabkan mahu keuntungan semata. Biasanya ia akan berakhir dengan kerugian. Apatah lagi kita kurang ilmu apabila masuk dalam pelaburan seperti pasaran saham yang mencabar.
Baca: Trade Saham IPO di Malaysia
#2- Kurang kesedaran tentang scam
Dewasa ini, kerap kita perhatikan ramai anak muda yang kurang ada kesedaran tentang pengurusan kewangan walhal ilmu sebegini perlu diajar di sekolah. Financial literacy sepatutnya mendedahkan kepada Masyarakat umum tentang platform yang selalu digunapakai oleh scammers di luar sana.
Contohnya:
- Laman Web Palsu:
- Panggilan Telefon Palsu
- E-mel dan Mesej Teks Palsu
- Media Sosial
Teknik mereka adalah memastikan anda hook dengan mesej mereka terlebih dahulu kemudian barulah mereka memasukkan jarum halus supaya terpikat. Tambahan, ada di kalangan scammers akan memberitahu anda perkara berkaitan keluarga atau hal berkaitan jenayah dan perihal kes salahlaku supaya mangsa mudah terpaut secara emosi.
#3- Pandai memanipulasi emosi mangsa
Dilaporkan juga ramai yang terkena dengan Nigeria scam, Love Scam,Spanish Prisoner di mana jurus yang sama digunapakai iaitu mereka mengatakan mereka adalah orang kaya tetapi duit dibekukan di satu tempat. Bagi mengeluarkan duit tersebut, mereka memerlukan wang anda dan dijanjikan pulangan tak masuk akal.
Satu perkara lagi ramai yang meletakkan wanita yang kesepian sebagai sasaran dengan memberikan layanan dan kata kata manis. Akhirnya wang tersebut hangus di tangan scammers anda mangsa mampu melopong sahaja.
Demikian kupasan mengenai skim cepat kaya yang berlaku di Malaysia. Dijangkakan angka ini akan terus meningkat dan disebabkan itu, jika anda rasa artikel ini bermanfaat, ayuh kongsikan dengan rakan rakan anda.
Baca: Cara Melabur Saham IPO Di Bursa Malaysia