Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Analisis IPO CBH ENGINEERING

analisis ipo cbh engineering holding berhad

CBH Engineering Holding Berhad tengah positioning diri dia sebagai salah satu pemain utama dalam industri kejuruteraan mekanikal & elektrikal (M&E) di Malaysia. FYI industri ini tengah dalam fasa “growth mode” dengan CAGR 13.2% dijangka sampai 2026.

Syarikat ini menawarkan servis dalam kejuruteraan elektrik, mekanikal, dan sistem bangunan, dengan pelanggan dari sektor-sektor hot macam hartanah kediaman dan komersial, semikonduktor, telekomunikasi, dan pusat data (data center).

Dengan market share 2.8% dalam pasaran M&E yang bernilai RM7.3 bilion (2023), CBH Engineering dah tunjukkan pertumbuhan revenue yang steady, hasil daripada pengurusan strategik dan permintaan pasaran yang kukuh.

Tapi, prestasi syarikat ni ada risiko juga – bergantung pada kontraktor utama, ketidaktentuan geopolitik, dan kenaikan kos bahan mentah. Walaupun syarikat ni ada potensi besar, anda kena pertimbangkan betul-betul kedudukan kompetitif dia dan cabaran luar yang mungkin datang.

Baca: Bagaimana Cara Memohon Saham IPO Sebagai Bumiputera?

1. Tarikh Penting IPO CBH ENGINEERING

  • Permohonan Dibuka: 10.00 pagi, 20 Disember 2024
  • Permohonan Ditutup: 5.00 petang, 2 Januari 2025
  • Tarikh Undian IPO: 6 Januari 2025
  • Tarikh Saham Dipindahkan ke Akaun CDS: 14 Januari 2025
  • Tarikh Penyenaraian: 16 Januari 2025

2. Sejarah Penyenaraian dan Status

Ini adalah kali pertama CBH Engineering Holding Berhad disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia.

Konteks tambahan:

Dalam dunia IPO, ACE Market ni boleh dianggap sebagai platform untuk syarikat yang nak cari modal dengan lebih cepat tapi belum cukup besar atau matang untuk masuk Main Market.

Risiko ACE Market: ACE Market ni terkenal sebagai lubuk peluang untuk saham-saham kecil yang boleh melonjak tinggi (high growth potential)—tapi risiko tetap ada. Bursa sendiri dah highlight:

  • Tiada jaminan akan ada liquid market untuk saham ni. Maksudnya, ada kemungkinan saham tak aktif didagangkan selepas disenaraikan.
  • Syarikat kecil macam ni lebih mudah terkesan dengan external factors seperti ekonomi global, perubahan dalam dasar kerajaan, atau cabaran industri.

3. Jumlah Dagangan Saham

  • Jumlah saham baharu ditawarkan: 298,000,000 saham baharu
  • Bahagian saham ini terpecah kepada:
    • Orang awam: 94,045,000 saham (5%)
    • Individu terpilih: 28,415,000 saham (1.51%), khas untuk pekerja, pengarah, dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
    • Private Placement:
      • Pelabur terpilih: 128,517,500 saham (6.83%).
      • Pelabur Bumiputera terpilih (yang diperakui oleh MITI): 47,022,500 saham (2.50%).
  • Harga IPO: RM0.28 sesaham.
  • Dana IPO yang dijangka: RM83.44 juta

4. Bisnes Model CBH ENGINEERING

Kejuruteraan M&E Engineering

CBH ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal (M&E engineering services) dengan fokus utama pada:

  1. Kejuruteraan Elektrik
    • Sistem agihan bekalan elektrik di substation dan premis pengguna.
    • Sistem elektrik HV (High Voltage), MV (Medium Voltage), LV (Low Voltage), dan ELV (Extra Low Voltage).
  2. Kejuruteraan Mekanikal
    • Sistem mekanikal seperti ACMV systems (air conditioning & mechanical ventilation), fire protection systems, plumbing & sanitary systems, serta sistem tenaga boleh diperbaharui (renewable energy systems).

CBH juga mengurus projek-projek “design and build” di mana mereka menyediakan reka bentuk dalaman elektrik dan melaksanakan pemasangan berdasarkan keperluan pelanggan.

Segmen Projek:

  • Jenis Projek: Projek-projek ini melibatkan bangunan seperti substation, industri, komersial, dan kediaman.
  • Pasaran Utama: CBH tertumpu sepenuhnya pada pasaran domestik, iaitu Malaysia.

Sumber Pendapatan:

  • Sistem M&E (hampir 100% dari pendapatan)
    • Sebagai Kontraktor Utama:
      • Menyumbang 67.65% (FYE 2023), meningkat kepada 79.22% (FPE 2024). Ini menunjukkan kebergantungan mereka kepada kontrak besar sebagai kontraktor utama semakin kukuh.
    • Sebagai Sub-kontraktor:
      • Menyumbang 31.80% (FYE 2023), tetapi menurun kepada 20.56% (FPE 2024). Ini boleh jadi kerana mereka semakin beralih kepada peranan utama dalam projek-projek besar.
  • Penyelenggaraan M&E:
    • Bahagian kecil, menyumbang kurang dari 1% pendapatan. Ini menunjukkan bahawa CBH lebih fokus kepada pemasangan dan pembinaan berbanding perkhidmatan penyelenggaraan.

5. Kekuatan dan MOAT

5.1. Pengalaman 34 Tahun dalam Industri M&E

  • CBH sudah bertapak dalam industri kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) di Malaysia sejak 1990. Pengalaman lebih dari tiga dekad ini memberi kelebihan kepada mereka untuk:
    • Memahami keperluan pelanggan dengan lebih mendalam.
    • Membangunkan portfolio projek yang pelbagai seperti:
      • Komersial: Pusat data, kompleks beli-belah, hotel.
      • Industri: Kilang pembuatan, gudang.
      • Kediaman: Pangsapuri, kondominium.
    • Track record ini menjadi bukti bahawa CBH mampu mengendalikan projek besar dengan standard tinggi.

5.2. Lesen dan Pendaftaran yang Kukuh

  • CBH memiliki lesen dan pendaftaran penting termasuk:
    • CIDB Grade G7: Membolehkan mereka melaksanakan projek tanpa had nilai kontrak.
    • Pendaftaran dengan Tenaga Nasional, SEDA, dan Suruhanjaya Tenaga.
    • Kelayakan ini memberikan kredibiliti kepada CBH untuk mendapatkan projek besar di Malaysia.

5.3. Keupayaan Perkhidmatan Menyeluruh

  • CBH menawarkan pakej lengkap: reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian, dan pentauliahan sistem M&E. Ini membolehkan mereka:
    • Memberi penyelesaian yang kos efektif dan komprehensif kepada pelanggan.
    • Menyesuaikan reka bentuk dan pelaksanaan projek untuk memenuhi kehendak pelanggan sambil mematuhi bajet dan jadual projek.
  • Keupayaan ini memberi mereka kelebihan berbanding pesaing yang hanya menawarkan servis separa.

5.4. Order Book yang Kukuh

  • Nilai kontrak belum dibilkan (unbilled order book) setakat ini ialah RM203.69 juta, yang akan menyumbang pendapatan sehingga FYE 2025.
  • Selain itu, CBH telah menyerahkan 22 tender dengan nilai total RM559.71 juta, menunjukkan prospek pertumbuhan yang cerah jika mereka berjaya memperoleh kontrak ini.

5.5. Kepakaran Pengurusan

  • Diketuai oleh Managing Director, Ir. Cheah Boon Hwa, dengan pengalaman 43 tahun dalam industri M&E. Sokongan daripada pasukan pengurusan yang berpengalaman menjadikan CBH berdaya saing dalam projek yang kompleks.
  • Kombinasi ini membuktikan CBH mempunyai struktur pengurusan yang stabil, penting untuk mengendalikan projek besar dengan lancar.

6. Prestasi Kewangan dan Hutang

6.1. Pendapatan (Revenue)

  • FYE 2021: RM67.58 juta
  • FYE 2022: RM180.12 juta (Lonjakan besar ~166%)
  • FYE 2023: RM207.95 juta (+15.5%)
  • FPE 2024: RM178.23 juta (untuk tempoh lapan bulan)

Pendapatan menunjukkan trend positif, terutamanya dari 2021 ke 2022, dengan lonjakan disebabkan oleh peningkatan projek M&E. Prestasi ini menunjukkan CBH berjaya mengekalkan momentum walaupun pasaran domestik mencabar.

6.2. Keuntungan Bersih (PAT – Profit After Tax)

  • FYE 2021: RM3.58 juta (PAT Margin: 5.3%)
  • FYE 2022: RM20.05 juta (PAT Margin: 11.1%)
  • FYE 2023: RM33.05 juta (PAT Margin: 15.9%)
  • FPE 2024: RM30.66 juta (PAT Margin: 17.2%)

Keuntungan bersih meningkat ketara, mencerminkan kawalan kos yang baik dan peningkatan skala perniagaan. PAT Margin menunjukkan peningkatan konsisten, dari 5.3% (2021) ke 17.2% (2024).

6.3. Order Book dan Prospek Masa Depan

  • Order Book Terkini: RM203.69 juta
    • Akan diiktiraf sebagai pendapatan RM53.68 juta (FYE 2024) dan RM150.01 juta (FYE 2025).
  • Tender yang Dikemukakan: RM559.71 juta
    • Jika berjaya, ini akan menjadi penambahan besar kepada pendapatan masa depan.

Order book CBH yang setara dengan 1.34 kali purata pendapatan tahunan mereka menunjukkan kestabilan jangka pendek.

6.4. Kedudukan Kewangan (Hutang dan Tunai)

  • Tunai dan Setara Tunai:
    • FYE 2021: RM17.26 juta
    • FYE 2023: RM31.62 juta
    • FPE 2024: RM32.00 juta
  • Jumlah Hutang:
    • Sangat rendah dengan gearing ratio hanya 0.02 kali (FPE 2024), mencerminkan kedudukan kewangan yang kukuh.

CBH berada dalam kedudukan yang sihat dengan tahap hutang minimum dan tunai yang mencukupi untuk menampung operasi dan pertumbuhan.

6.5. Margin Kasar (GP Margin)

  • FYE 2021: 17.96%
  • FYE 2023: 32.37%
  • FPE 2024: 29.93%

Margin kasar yang stabil menunjukkan kecekapan CBH dalam mengurus kos projek dan harga kontrak.

7. Penilaian Saham dan Harga IPO CBH ENGINEERING

  • Harga per saham: RM0.28
  • Earnings Per Share (EPS):
    • Berdasarkan FYE 2023, EPS adalah 1.76 sen.
    • Berdasarkan Annualised FPE 2024, EPS adalah 2.45 sen.
  • PE Ratio (Price-to-Earnings Multiple):
    • FYE 2023: 15.91 kali
    • Annualised FPE 2024: 11.43 kali (lebih rendah vs FYE 2023) menunjukkan IPO ini lebih menarik jika momentum pertumbuhan ini diteruskan.

PE ratio 15.91x untuk FYE 2023 berada pada tahap sederhana tinggi bagi industri kecil di ACE Market, tetapi PE ratio 11.43x untuk FPE 2024 menunjukkan penilaian yang lebih menarik jika pertumbuhan keuntungan diteruskan.

Dengan PE ratio 11.43x (FPE 2024), CBH lebih murah berbanding saham teknologi di ACE Market yang boleh mencecah PE >20x.

8. Penggunaan Dana IPO CBH ENGINEERING

CBH Engineering akan memperoleh hasil kasar sebanyak RM83.44 juta daripada terbitan awam. Berikut adalah pecahan penggunaannya:

8.1. Pengembangan Perniagaan (93.17%)

a) Pembelian Peralatan & Komponen (46.15%)

  • RM38.50 juta akan digunakan untuk membeli peralatan seperti kabel kuasa, transformer, generator, switchgear, dan lain-lain.
  • Ini bertujuan untuk menyokong projek-projek baru mereka, terutamanya dalam segmen M&E.

b) Bayaran kepada Subkontraktor (22.15%)

  • RM18.48 juta diperuntukkan untuk membayar subkontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja seperti pemasangan sistem M&E, ujian, dan pentauliahan.

c) Jaminan Bank (20.73%)

  • RM17.30 juta diperuntukkan untuk deposit jaminan bank bagi performance bonds dan Letter of Credits (LCs). Ini adalah keperluan standard untuk projek berskala besar, memberikan keyakinan kepada pelanggan dan pembekal.

d) Pengambilan Kakitangan Baru (4.14%)

  • RM3.46 juta akan digunakan untuk merekrut 13 kakitangan baru, termasuk jurutera projek dan penyelia tapak. Langkah ini untuk meningkatkan kapasiti mereka dalam mengendalikan projek lebih besar.

8.2. Kos Penyenaraian (6.83%)

  • RM5.70 juta akan digunakan untuk kos profesional, underwriting, iklan, dan yuran kepada pihak berkuasa. Ini adalah perbelanjaan standard bagi proses IPO.

Fokus besar pada pengembangan perniagaan (93%) menunjukkan CBH komited untuk pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan dalam peralatan, modal insan, dan sokongan projek.

Kebergantungan pada projek akan datang bermakna kejayaan penggunaan dana sangat bergantung pada jumlah tender yang dimenangi CBH. Ini harus dipantau oleh anda sebagai pelabur.

9. Polisi Dividen

CBH tidak mempunyai polisi dividen formal.

  • Kemampuan syarikat untuk mengisytiharkan dividen bergantung kepada:
    • Prestasi kewangan masa depan
    • Kedudukan aliran tunai
    • Keperluan modal untuk rancangan pengembangan
  • Lembaga Pengarah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada dividen akan diisytiharkan atau tidak.

Bagaimanapun CBH pernah mengisytiharkan dan membayar dividen berikut dalam tahun-tahun kewangan terdahulu:

Tahun Kewangan Dividen Isytihar (RM’000) Dividen Dibayar (RM’000) Nota
FYE 2021 800 2,100 Dibayar atas dividen tertunda daripada FYE 2020
FYE 2022 2,000 2,000 Dividen tunai penuh
FYE 2023 40,500 12,115 Sebahagian besar dalam bentuk aset (in specie)
FPE 2024 21,000 Tiada dividen baru isytihar

10. Status Syariah

Diklasifikasikan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

11. Risiko Pelaburan

CBH Engineering Holding Berhad telah mengenal pasti beberapa risiko utama yang perlu diberi perhatian oleh pelabur dalam prospektus mereka:

1. Projek Tidak Berulang & Tiada Jaminan Projek Baru

  • Sifat Projek: Majoriti pendapatan CBH datang daripada projek yang tidak berulang dan bergantung kepada kontrak baru.
  • Implikasi: Jika CBH gagal mendapatkan projek baru, aliran pendapatan masa depan mereka mungkin terjejas.
  • Cadangan kepada Pelabur: Pelabur harus mempertimbangkan keberkesanan strategi CBH dalam mendapatkan tender baru.

2. Kegagalan Melengkapkan Projek Tepat Masa

  • Klausa Penalti: Jika CBH gagal memenuhi tarikh akhir, mereka mungkin dikenakan denda kerugian berjadual (liquidated damages) oleh pelanggan.
  • Risiko Tambahan: Sebarang kelewatan oleh subkontraktor atau masalah logistik boleh menyebabkan implikasi kewangan negatif.
  • Nota Positif: Pada masa ini, tiada insiden besar kelewatan yang membawa kepada denda besar bagi CBH.

3. Kebergantungan kepada Kontraktor Utama

  • Hubungan Kontrak: CBH banyak bergantung kepada kontrak dengan kontraktor utama dan tidak mempunyai perjanjian jangka panjang dengan pelanggan mereka.
  • Risiko: Kehilangan mana-mana pelanggan utama boleh memberi kesan besar kepada pendapatan mereka.

4. Kebergantungan pada Lesen & Pendaftaran

  • Keperluan: CBH memerlukan lesen dari CIDB (G7) dan Suruhanjaya Tenaga untuk beroperasi.
  • Impak: Jika lesen ini ditarik balik, CBH tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka.

5. Risiko Kos Melampau

  • Faktor Risiko: Peningkatan mendadak harga bahan mentah seperti tembaga dan aluminium boleh menjejaskan margin keuntungan.
  • Langkah CBH: CBH telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko ini, tetapi masih tiada jaminan sepenuhnya.

6. Ketergantungan kepada Pengurusan Eksekutif

  • Kepakaran: CBH sangat bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan pasukan pengurusan mereka.
  • Cabaran: Kehilangan mana-mana ahli pasukan utama boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam operasi.

7. Risiko Kebergantungan kepada Subkontraktor

  • Kualiti Kerja: CBH bergantung kepada subkontraktor untuk kerja-kerja tertentu. Jika subkontraktor gagal memberikan kualiti kerja yang diharapkan, reputasi dan prestasi kewangan CBH boleh terjejas.

8. Industri Kompetitif

  • Pasaran: Industri kejuruteraan M&E di Malaysia sangat kompetitif, dan kemasukan pemain asing boleh menambah tekanan kepada harga dan margin.

9. Ketidaktentuan Pasaran

  • Volatiliti Pasaran Saham: Saham CBH mungkin menghadapi turun naik ketara selepas disenaraikan, terutama kerana mereka berada di Pasaran ACE.

12. Peers dan Kedudukan di Pasaran

CBH Engineering Holding Berhad beroperasi dalam pasaran M&E engineering (Mekanikal & Elektrikal), dengan saiz pasaran keseluruhan bernilai sekitar RM7.3 bilion pada tahun 2023. CBH mencatatkan pendapatan RM208 juta, memberikan mereka 2.8% penguasaan pasaran – satu permulaan sederhana tetapi mencerminkan kemampuan syarikat bersaing dalam sektor ini.

Bandingan dengan Pesaing

Dalam segmen ini, pemain pasaran utama termasuk:

  1. Cabnet Holdings Berhad: Mengungguli dengan pendapatan RM198 juta tetapi margin keuntungan lebih kecil pada 1.8%.
  2. HE Group Berhad: Menjana pendapatan RM204 juta, dengan margin untung selepas cukai lebih sederhana pada 5.4%.
  3. Kinergy Advancement Berhad: Salah satu pemain kuat dengan pendapatan RM199 juta dan margin untung selepas cukai 13.8%.
  4. West River Engineering Sdn Bhd: Pemain kecil tetapi mencatat margin untung 10.9% walaupun dengan pendapatan lebih rendah.

CBH mengatasi kebanyakan pesaing dalam PAT margin (15.9%), menunjukkan kecekapan operasi yang baik dan kawalan kos yang efektif.

Kelebihan CBH

  • Diversifikasi Projek: CBH terlibat dalam pelbagai sektor (residen, komersial, industri) berbanding pesaing tertentu yang lebih fokus kepada bidang khusus seperti hospitaliti atau kilang.
  • Reputasi Pengendalian: Syarikat ini mempunyai portfolio projek-projek besar, meningkatkan daya saing dalam memenangi kontrak baru.

Cabaran

  • Pemain Pasaran Asing: Meningkatnya penglibatan firma antarabangsa yang boleh menawarkan perkhidmatan pada kos lebih rendah.
  • Saiz Pasaran: Dengan pasaran RM7.3 bilion dan lebih 20 pesaing aktif, CBH perlu terus inovatif untuk meningkatkan penguasaan pasaran.

Walaupun CBH bukan pemain terbesar, keuntungan margin yang kukuh memberi peluang kepada syarikat ini untuk terus membina nama dalam industri ini. Kuncinya adalah untuk terus memastikan perkhidmatan mereka berkualiti tinggi dan berdaya saing dalam kos.

13. Pengurusan dan Leadership

Kelebihan:

  • Pengasas berpengalaman: Ir. Cheah Boon Hwa memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam industri kejuruteraan, yang memberi kredibiliti kepada syarikat. Hubungan rapat dalam industri dan sejarah projek yang berjaya menonjolkan kepimpinan strategiknya.
  • Pakar dalam bidang masing-masing: Setiap ahli pengurusan membawa kemahiran khusus—kejuruteraan, undang-undang, kewangan, teknologi, dan pengurusan kontrak—menunjukkan kepelbagaian kepakaran dalam organisasi.
  • Rekod profesional: Tiada rekod negatif mengenai mana-mana pengurusan senior setakat maklumat diberikan. Semua individu menunjukkan latar belakang profesional yang kukuh.

Risiko Potensi:

  • Ketergantungan pada keluarga pengasas: Sebahagian besar pengurusan utama datang dari keluarga pengasas, yang mungkin menyebabkan persepsi konflik kepentingan atau kekurangan diversiti dalam kepimpinan.
  • Penglibatan generasi baru (Cheah Min Heng): Walaupun beliau berkelayakan, pengalaman beliau dalam M&E secara teknikal adalah terhad kerana latar belakangnya lebih kepada undang-undang dan korporat.

14. Gambaran Industri

Industri ni dalam growth mode ke atau dah “mature”?

Jawapan pendek: Growth mode ✨. Industri kejuruteraan M&E tengah rancak berkembang dengan CAGR 17% dari 2019 ke 2023, dan dijangka naik lagi 13.2% CAGR hingga 2026.

    • Kejuruteraan elektrik: RM1.8 bilion (2019) → RM3.7 bilion (2023).
    • Kejuruteraan mekanikal: RM2.1 bilion → RM3.6 bilion.

Industri ni bukan saja masih berkembang, tapi tengah menikmati tailwinds dari sektor hartanah, semikonduktor, telekomunikasi, dan foreign investments. Maksudnya, banyak peluang untuk syarikat dalam bidang ini.

Ada tak external factors yang boleh mempengaruhi industri ni?

  • Faktor Positif:
    1. Pelaburan Asing (FDI): Malaysia berjaya tarik RM329.5 bilion pelaburan pada 2023. Industri E&E (semikonduktor) dapat untung besar sebab syarikat seperti Intel dan Infineon dah set up base kat sini.
    2. Demand dari sektor hartanah: Transaksi hartanah naik dari RM113.2 bilion (2018) ke RM163.1 bilion (2023). Banyak projek perumahan mampu milik (contohnya, PR1MA) akan terus bagi kerja untuk kontraktor M&E.
    3. Teknologi Baru (5G, Data Centers): Rollout 5G, broadband, dan pusat data oleh Google & Microsoft di Johor perlukan electrical systems dan cooling facilities. Ni semua guna services M&E.
    4. Pemindahan Kilang ke Malaysia: Disebabkan trade war US-China, banyak syarikat semikonduktor alihkan kilang ke Malaysia. Ini boost industri M&E sebab mereka perlukan kilang yang dilengkapi cleanrooms.
  • Faktor Risiko:
    1. Ketegangan Geopolitik: Contohnya, perang Rusia-Ukraine boleh ganggu supply chain bahan mentah untuk cip semikonduktor. Kalau supply terganggu, growth mungkin perlahan.
    2. Volatiliti Pasaran Hartanah: Kalau ekonomi global slowdown, transaksi hartanah boleh terjejas dan secara tak langsung akan kurangkan permintaan untuk kontraktor M&E.
    3. Inflasi Kos Bahan Mentah: Harga bahan seperti tembaga & aluminium yang naik mendadak boleh makan margin keuntungan syarikat M&E.

Sebab untuk beli

  • Industri Tengah Panas: M&E ada potensi growth tinggi dengan CAGR 13.2%
  • Permintaan Konsisten: Sektor macam semikonduktor, telekomunikasi, dan hartanah semuanya perlukan servis CBH.
  • Sokongan Pelaburan Asing: Syarikat besar macam Intel & Infineon dah labur modal berbilion kat Malaysia – demand untuk M&E confirm naik.
  • Leadership Kuat: Pengurusan syarikat ni ada pengalaman mantap lebih dari 30 tahun.
  • Projek Kerajaan Sokong: PR1MA, 5G, dan tenaga hijau – semua ni peluang besar untuk CBH.
  • Pertumbuhan Stabil: Walaupun ada cabaran, revenue syarikat ini steady.

Sebab untuk tunggu

  • Kebergantungan Tinggi: Terlalu bergantung pada kontraktor utama – kalau hilang satu, boleh terjejas revenue.
  • Saingan Sengit: Market penuh dengan pemain lama yang dah kukuh.
  • Kos Bahan Mentah Naik: Harga tembaga & aluminium tak menentu – margin boleh kena makan.
  • Pasaran Hartanah: Kalau pasaran hartanah perlahan, permintaan projek M&E pun boleh terjejas.
  • Jejak Pasaran Kecil: Market share CBH cuma 2.8% – agak kerdil kalau banding dengan pesaing.
  • Risiko Geopolitik: Perang perdagangan atau isu supply chain semikonduktor diperingkat global boleh beri impak tak langsung.
Share the Post: