TOPVISION Eye Specialist Berhad, syarikat pakar oftalmologi yang dikenali dengan 11 Ambulatory Care Centres (ACCs) di Malaysia, menawarkan IPO di ACE Market pada 16 Disember 2024.
Saham ini dijangka mengumpulkan RM17.89 juta, dengan fokus pada pembayaran hutang dan pengembangan perkhidmatan penjagaan mata. Walaupun syarikat ini mempunyai kelebihan unik dalam niche oftalmologi, risiko seperti pergantungan kepada pakar tertentu dan persaingan dari Optimax dan ISEC perlu dipertimbangkan.
Pelabur baru akan mendapat manfaat dari panduan langkah demi langkah ini yang menjelaskan tarikh penting, penggunaan dana, status Syariah, dan banyak lagi.
Senarai Kandungan
-
- Tarikh Penting IPO
- Sejarah Penyenaraian dan Status
- Jumlah Dagangan Saham
- Bisnes Model TOPVISION
- Kekuatan dan MOAT Syarikat
- Prestasi Kewangan dan Hutang
- Penilaian Saham dan Harga IPO
- Penggunaan Dana IPO
- Polisi Dividen
- Status Syariah
- Risiko Pelaburan
- Peers dan Kedudukan di Pasaran
- Pengurusan dan Leadership
- Gambaran Industri Oftalmologi
1. Tarikh Penting IPO TOPVISION
- Pembukaan permohonan IPO: 25 November 2024, 10:00 pagi.
- Penutupan permohonan IPO: 3 Disember 2024, 5:00 petang.
- Tarikh undian: 5 Disember 2024.
- Tarikh pemindahan saham ke akaun CDS: 10 Disember 2024.
- Tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia: 16 Disember 2024
2. Sejarah Penyenaraian dan Status
- Sejarah Penyenaraian:
- Syarikat ditubuhkan pada 27 Mac 2018 sebagai syarikat persendirian dengan nama TOPVISION Eye Specialist Sdn Bhd.
- Ditukar kepada syarikat awam berhad pada 7 Jun 2018.
- Disenaraikan di LEAP Market Bursa Malaysia pada 21 November 2018.
- Mengumpul RM12.02 juta hasil daripada penerbitan 66.8 juta saham pada harga RM0.18 setiap satu
- Penggunaan Dana LEAP Market:
- RM5 juta: Penubuhan ACC di Southkey (Johor) dan Seremban (Negeri Sembilan).
- RM5 juta: Pembelian tanah untuk pembangunan TOPVISION International di Petaling Jaya.
- RM1.14 juta: Modal kerja harian.
- RM0.88 juta: Perbelanjaan berkaitan penyenaraian
- Status Terkini:
- Pada 29 Januari 2024, pemegang saham meluluskan pemindahan dari LEAP Market ke ACE Market.
Pertumbuhan pendapatan positif dari RM37 juta (2021) ke RM42.96 juta (2023) bagus, tapi margin keuntungan sederhana menunjukkan mereka ada ruang untuk memperbaiki kecekapan kos.
Apa beza LEAP Market dengan ACE Market?
LEAP Market adalah untuk pelabur institusi dan sophisticated sahaja. ACE Market lebih besar dan terbuka kepada pelabur runcit seperti anda.
Kenapa mereka pindah ke ACE Market?
Untuk dapatkan lebih banyak akses kepada modal dan tingkatkan profil syarikat di pasaran.
Adakah ini petanda syarikat ni bagus?
Tak semestinya. Anda kena lihat kenapa mereka pindah—adakah mereka perlukan dana untuk bayar hutang atau sebab mereka yakin dengan pertumbuhan?
3. Jumlah Dagangan Saham
- Jumlah saham diapungkan: 54.22 juta saham baharu.
- Untuk pelabur runcit: 20.29 juta saham.
- Harga runcit: RM0.33 per saham
- Jumlah hasil IPO dijangka: RM17.89 juta.
Float kecil seperti 54 juta saham mungkin meningkatkan volatiliti. Ini boleh jadi peluang untuk pelabur yang suka main momentum.
Float kecil bermaksud saham yang tersedia untuk dagangan adalah terhad. Ini boleh menyebabkan harga naik cepat kalau ada banyak permintaan.
Float besar seperti saham blue chip lebih stabil tapi kurang peluang untuk keuntungan pantas. Float kecil lebih volatile dan sesuai untuk pelabur agresif.
4. Bisnes Model TOPVISION
- Fokus pada rawatan oftalmologi seperti katarak dan LASIK.
- Operasi melalui 11 Ambulatory Care Centres (ACCs) di Malaysia.
- Juga menjual produk penjagaan mata, tapi sumbangannya kecil pada pendapatan keseluruhan.
Model mereka evergreen (sebab populasi Malaysia menua dan keperluan kesihatan mata meningkat) dan scalable dalam niche tertentu, tapi mereka perlukan footfall pesakit yang konsisten untuk kekal untung. Dalam industri evergreen, sentimen pasaran biasanya stabil kecuali ada teknologi rawatan baru.
5. Kekuatan dan MOAT Syarikat
- Diketuai oleh Dr. Peter Chong, pakar oftalmologi dengan lebih 15 tahun pengalaman.
- Pasukan Pakar: 11 oftalmologi sepenuh masa, 8 optometris.
- Lebih 50,000 rawatan katarak telah dilakukan
MOAT mereka adalah kepakaran dalam oftalmologi, tapi kebergantungan kepada individu pakar adalah risiko jangka panjang. Kebergantungan pada individu seperti Dr. Peter adalah risiko.
p/s: MOAT adalah kelebihan unik syarikat seperti pengalaman pakar dan reputasi dalam penjagaan mata.
6. Prestasi Kewangan dan Hutang
- Pendapatan & Keuntungan (FYE 2023):
- Pendapatan (Revenue): RM42.96 juta.
- Keuntungan Kasar (Gross Profit): RM21.20 juta.
- Margin Keuntungan Kasar: 49.35%.
- Keuntungan Sebelum Cukai (PBT): RM7.51 juta.
- Margin Keuntungan Selepas Cukai (PAT): 11.23%
- Perbandingan Tahun Sebelum:
- Pendapatan meningkat dari RM39.45 juta (FYE 2022) ke RM42.96 juta (FYE 2023), menunjukkan pertumbuhan tahunan sebanyak 8.9%.
- Margin keuntungan bersih sedikit menurun dari 12.31% (2022) ke 11.23% (2023)
- Kedudukan Hutang (FYE 2023):
- Jumlah Hutang Jangka Panjang: RM21.99 juta.
- Jumlah Hutang Jangka Pendek: RM6.84 juta.
- Gearing Ratio: 0.73x sebelum IPO, dijangka turun kepada 0.47x selepas pembayaran hutang menggunakan hasil IPO (Gearing Ratio menunjukkan sejauh mana syarikat bergantung kepada hutang untuk membiayai asetnya. Lebih rendah ratio, lebih sihat kewangan syarikat)
- Aliran Tunai (Cash Flow):
- Tunai dan Bank: RM8.46 juta.
- Aliran tunai dijangka meningkat selepas IPO kerana sebahagian besar dana digunakan untuk pengembangan dan pembayaran hutang
Margin keuntungan 11% sederhana untuk sektor perubatan niche seperti oftalmologi. Bagus untuk kestabilan, tapi masih ada ruang untuk meningkatkan efisiensi dan mengurangkan kos tetap. TOPVISION harus fokus pada strategi untuk meningkatkan margin ini, contohnya melalui automasi atau skala operasi yang lebih besar.
7. Penilaian Saham dan Harga IPO TOPVISION
- Harga IPO: RM0.33.
- Peers: Optimax ada P/E ratio ~18x, menunjukkan harga IPO TOPVISION lebih rendah
Harga IPO yang lebih rendah daripada peers mungkin peluang, tapi buat due diligence mendalam (kena bandingkan dengan peers untuk pastikan). RM0.33 boleh jadi support level penting. Kalau harga pecah bawah ni, pelabur mungkin mula panik.
8. Penggunaan Dana IPO TOPVISION
- Jumlah dana IPO: RM17.89 juta.
- Peruntukan dana IPO:
- 44.15% (RM7.9 juta): Penubuhan TOPVISION International
- 27.94% (RM5.0 juta): Penubuhan dua pusat baharu di Kuala Terengganu dan Tawau.
- 25.12% (RM4.5 juta): Kos pemindahan penyenaraian ke ACE Market.
- 2.79% (RM498 ribu): Pembelian mesin pembedahan katarak .
Penubuhan TOPVISION International akan menawarkan rawatan canggih seperti pemindahan kornea dan pembedahan pediatrik mata. Ia juga disasarkan untuk menarik pelancong perubatan, terutamanya dari Indonesia.
Penubuhan cawangan baharu di Kuala Terengganu dan Tawau pula dibuat kerana dua kawasan ini underserved.
Syarikat yang menggunakan dana IPO untuk pengembangan (bukan hanya bayar hutang) biasanya dilihat lebih menarik untuk pelabur jangka panjang.
9. Polisi Dividen
Tiada polisi dividen buat masa ini. Keuntungan akan digunakan untuk pertumbuhan syarikat
Saham tanpa dividen biasanya fokus pada growth. Nilai saham dijangka meningkat jika syarikat berjaya berkembang. Saham growth sesuai untuk pelabur jangka panjang. Dan saham growth lebih volatile sebab bergantung sepenuhnya pada sentimen pasaran.
10. Status Syariah
IPO TOPVISION patuh Syariah, menjadikannya pilihan untuk pelabur Muslim
11. Risiko Pelaburan
- Risiko utama:
- Persaingan sengit dari Optimax dan ISEC Healthcare.
- Ketergantungan kepada pakar oftalmologi (contohnya, Dr. Peter).
- Sensitiviti kepada ekonomi global, di mana demand untuk rawatan elective (bukan kritikal) boleh turun.
Rawatan macam LASIK boleh ditangguh bila ekonomi tak stabil. Ini bermaksud pendapatan syarikat boleh turun bila orang berjimat. Mereka perlu mempelbagaikan perkhidmatan dan melatih lebih ramai pakar supaya tak terlalu bergantung pada individu tertentu.
12. Peers dan Kedudukan di Pasaran
- Optimax Holdings Berhad: Pemain utama dengan 24 cawangan di Malaysia.
- ISEC Healthcare Ltd: Pemain serantau dengan operasi di Malaysia, Singapura, dan Myanmar.
Peers ialah benchmark untuk faham kedudukan TOPVISION dalam industri. Dan berdasarkan benchmark ini—ya, Optimax lebih besar dari segi cawangan dan pendapatan.
Tapi untuk tahu sama ada saham ini undervalued, anda perlu bandingkan P/E ratio dan margin keuntungan antara TOPVISION dan pesaing-pesaingnya. Harga saham Optimax (di Main Market) boleh beri petunjuk ke mana harga IPO ini mungkin bergerak selepas disenaraikan.
13. Pengurusan dan Leadership
- CEO: Dr. Peter Chong, oftalmologi dengan lebih 15 tahun pengalaman.
- Pasukan pakar: 11 oftalmologi sepenuh masa, 8 optometris.
Pengurusan adalah tulang belakang syarikat. CEO yang berpengalaman beri keyakinan kepada pelabur. Pasukan pakar adalah moat TOPVISION, tapi bergantung sepenuhnya pada Dr. Peter ialah risiko jangka panjang. Syarikat perlu ada pelan penggantian untuk kekal stabil.
14. Gambaran Industri Oftalmologi
- Malaysia ada 861 oftalmologi berdaftar pada 2024.
- Penjagaan mata ialah pasaran niche tapi evergreen, didorong oleh populasi menua.
Industri kesihatan mata sengit sebab bilangan oftalmologi agak kecil, menjadikan persaingan untuk pakar dan pesakit sengit.
Oftalmologi adalah industri stabil, tapi syarikat perlu inovasi untuk kekal relevan. Industri evergreen biasanya menarik pelabur long-term kerana kestabilan permintaan.