WINSTAR Capital Berhad, sebuah syarikat small-cap dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam aluminium extrusion dan tenaga solar, menawarkan IPO di ACE Market pada 19 Disember 2024. IPO ini dijangka mengumpulkan RM19.79 juta, yang akan digunakan untuk perbelanjaan modal, modal kerja, dan kos penyenaraian.
Strategi WINSTAR tertumpu pada:
- Pertumbuhan jangka panjang: Melalui pelaburan dalam kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat.
- Diversifikasi: Dalam dua sektor utama, aluminium dan tenaga solar, yang menawarkan kestabilan dan peluang pertumbuhan.
- Keupayaan patuh Syariah: Menarik pelabur Muslim dan institusi Islamik.
Walaupun margin keuntungan bersih sederhana (5.22%) dan gearing ratio tinggi (1.00x FPE 2024), rancangan mereka untuk melabur semula keuntungan dalam pertumbuhan menunjukkan potensi untuk kenaikan harga saham jangka panjang.
Senarai Kandungan
-
- Tarikh Penting IPO
- Sejarah Penyenaraian dan Status
- Jumlah Dagangan Saham
- Bisnes Model WINSTAR CAPITAL
- Kekuatan dan MOAT Syarikat
- Prestasi Kewangan dan Hutang
- Penilaian Saham dan Harga IPO
- Penggunaan Dana IPO
- Polisi Dividen
- Status Syariah
- Risiko Pelaburan
- Peers dan Kedudukan di Pasaran
- Pengurusan dan Leadership
- Gambaran Industri
1. Tarikh Penting IPO WINSTAR CAPITAL
- Pembukaan permohonan IPO: 26 November 2024, 10:00 pagi.
- Penutupan permohonan IPO: 3 Disember 2024, 5:00 petang.
- Tarikh undian permohonan: 6 Disember 2024.
- Tarikh pemindahan saham ke CDS: 18 Disember 2024.
- Tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia (ACE Market): 19 Disember 2024
2. Sejarah Penyenaraian dan Status
- WINSTAR Capital belum pernah disenaraikan sebelum ini.
- Mereka telah beroperasi lebih dari 20 tahun dalam sektor penyemperitan aluminium (extrusion), bahan binaan, dan pemasangan sistem solar PV
ELI5: Aluminium extrusion ialah proses penyemperitan atau memanaskan aluminium dan menekannya melalui acuan untuk menghasilkan bentuk tertentu seperti tiang tingkap atau rangka pintu. Analoginya macam anda buat mi kuning guna mesin mi.
3. Jumlah Dagangan Saham
- Jumlah saham diapungkan: 73,950,000 saham.
- 56,550,000 saham baharu (76.5%).
- 17,400,000 saham sedia ada (23.5%).
- Harga IPO: RM0.35 per saham.
- Peruntukan saham:
- Malaysian Public (melalui balloting): 14,500,000 saham.
- Pengarah, pekerja, penyumbang syarikat: 15,950,000 saham.
- Private placement: 43,500,000 saham
Berdasarkan prospektus WINSTAR Capital Berhad, syarikat akan menerbitkan 73,950,000 saham melalui IPO, yang mewakili 25.5% daripada jumlah modal saham yang diperbesarkan sebanyak 290,000,000 saham.
Dengan hanya 25.5% saham yang tersedia untuk dagangan awam, WINSTAR dianggap mempunyai float yang kecil.
Float yang kecil boleh menyebabkan volatiliti harga yang lebih tinggi kerana jumlah saham yang terhad boleh menyebabkan perubahan harga yang ketara dengan volume dagangan yang kecil.
4. Bisnes Model WINSTAR CAPITAL
Terlibat dalam tiga segmen:
- Aluminium extrusion (proses midstream & downstream).
- Perdagangan bahan binaan.
- Pemasangan sistem solar PV
Sekali imbas, satu perkaran yang bagus adalah bisnes model mereka yang berdiversifikasi. Ini mengurangkan risiko pergantungan pada satu sektor. Kalau satu segmen gagal (contoh: pembinaan lambat), pendapatan dari segmen lain seperti solar PV boleh menampung pendapatan syarikat.
Tambahan pula, solar PV ialah sektor yang sedang berkembang pesat dengan sokongan dasar kerajaan (melalui NETR). Tenaga hijau ialah trend global yang mendapat sokongan kerajaan dan pelabur institusi. Ini peluang besar untuk WINSTAR berkembang.
5. Kekuatan dan MOAT Syarikat
- 20 tahun pengalaman dalam aluminium extrusion.
- Hubungan strategik dengan pemain solar seperti Fabulous Sunview.
- Menawarkan 3,400 SKU bahan binaan untuk pelbagai projek
Ditubuhkan pada tahun 2002, WINSTAR Capital mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri aluminium, khususnya dalam penyemperitan aluminium dan fabrikasi. Pengalaman ini membolehkan syarikat memahami dengan mendalam keperluan pelanggan dan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian industri.
WINSTAR mempunyai hubungan strategik dengan syarikat seperti Sunview Group Berhad, yang memiliki 30% kepentingan dalam WINSTAR melalui anak syarikatnya, Vafe System Sdn Bhd. Kerjasama ini membolehkan WINSTAR mengakses projek berskala besar dalam industri tenaga solar, memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran.
6. Prestasi Kewangan dan Hutang
- Pendapatan FYE 2023: RM153.68 juta (+39.8% YoY).
- Margin keuntungan bersih: 5.22% (RM8.01 juta).
- Gearing Ratio:
- 2021: 0.84x.
- 2022: 0.75x.
- 2023: 0.77x.
- 2024 (FPE): 1.00x
Pendapatan meningkat dengan kukuh (+39.8%), menunjukkan permintaan yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan WINSTAR.
Margin keuntungan bersih rendah (5.22%) pula menunjukkan kos tetap atau kos operasi yang tinggi. WINSTAR perlu mencari cara untuk meningkatkan efisiensi supaya lebih banyak pendapatan diterjemahkan kepada keuntungan bersih.
Gearing ratio meningkat kepada 1.00x (FPE 2024) pula menunjukkan pergantungan pada hutang semakin tinggi.
ELI5: Fikirkan gearing ratio macam nisbah hutang kepada wang sendiri. Ratio 1.00x bermakna syarikat ada RM1 hutang untuk setiap RM1 modal sendiri. Ratio yang tinggi menunjukkan lebih risiko jika pendapatan terganggu.
7. Penilaian Saham dan Harga IPO WINSTAR CAPITAL
- Harga IPO: RM0.35 sesaham.
- Jumlah saham diperbesarkan selepas IPO: 290 juta saham.
- Market capitalization selepas IPO: RM101.5 juta.
- P/E Ratio selepas IPO: 12x berdasarkan pendapatan bersih FY2023.
- Perbandingan dengan peers:
- Press Metal Aluminium Holdings Berhad: P/E ratio ~24x.
- WINSTAR dianggarkan undervalued berbanding peers dalam sektor aluminium
Berdasarkan prospektus WINSTAR Capital Berhad, pada harga IPO RM0.35 sesaham, syarikat dianggarkan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM101.5 juta, berdasarkan jumlah saham yang diperbesarkan sebanyak 290 juta saham. Ini memberikan syarikat nisbah harga kepada pendapatan (P/E) sekitar 12 kali ganda berbanding pendapatan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023).
Sebagai perbandingan, Press Metal Aluminium Holdings Berhad, sebuah syarikat dalam industri yang sama, mempunyai P/E ratio sekitar 24.42 kali ganda. Ini menunjukkan bahawa pada harga IPO, WINSTAR mungkin dinilai lebih rendah berbanding rakan industri seperti Press Metal.
Nota: P/E ratio adalah metrik penilaian yang membandingkan harga saham syarikat dengan pendapatannya sesaham. P/E yang lebih rendah boleh menunjukkan bahawa saham tersebut mungkin undervalued, tetapi penting untuk mempertimbangkan faktor lain seperti prospek pertumbuhan dan risiko sebelum membuat keputusan pelaburan.
8. Penggunaan Dana IPO WINSTAR CAPITAL
- Jumlah Dana Dijangka: RM19.79 juta dari IPO
- Penggunaan dana IPO:
- RM9.55 juta (48.25%): Perbelanjaan modal (capex) untuk membeli mesin dan peralatan baharu, termasuk aluminium extrusion press machines.
- RM6.24 juta (31.54%): Modal kerja, seperti pembelian inventori bahan mentah dan pembayaran operasi.
- RM4.00 juta (20.21%): Kos penyenaraian, termasuk yuran profesional, percetakan, dan kos pemasaran
Peruntukan terbesar (48.25%) kepada capex menunjukkan WINSTAR memberi keutamaan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, menambah 8,580 tan aluminium setahun. Ini langkah strategik untuk menangani permintaan pasaran yang semakin meningkat dalam sektor pembinaan dan solar PV.
WINSTAR memberi tumpuan besar kepada pertumbuhan aset tetap (capex), menunjukkan strategi mereka adalah untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.
Capex-driven IPOs sering menarik perhatian pelabur growth-oriented kerana dana tersebut digunakan untuk mempercepat pertumbuhan pendapatan. Selepas IPO, pantau laporan kewangan seterusnya untuk melihat sama ada tambahan kapasiti benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan.
9. Polisi Dividen
- WINSTAR tidak mempunyai polisi dividen tetap buat masa ini.
- Keuntungan akan digunakan untuk menyokong pertumbuhan syarikat, seperti pengembangan kapasiti pengeluaran dan keperluan modal kerja.
- Masa depan pembayaran dividen akan bergantung kepada:
- Kedudukan kewangan.
- Keperluan perniagaan.
- Pulangan kepada pemegang saham
WINSTAR memilih untuk melaburkan semula keuntungan ke dalam perniagaan, mencerminkan strategi syarikat yang berorientasikan pertumbuhan.
Dividen mungkin tidak menjadi keutamaan dalam jangka pendek. Dengan gearing ratio 1.00x (FPE 2024), syarikat mungkin lebih fokus kepada penurunan hutang dan pelaburan untuk pertumbuhan.
Tiada dividen bermakna syarikat sedang memaksimakan peluang pertumbuhan. Ini sesuai untuk pelabur yang lebih suka kenaikan modal jangka panjang daripada pendapatan dividen.
10. Status Syariah
WINSTAR disahkan sebagai patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Semua aktiviti syarikat memenuhi kriteria Syariah, termasuk:
- Bebas daripada riba (faedah yang tidak dibenarkan).
- Tiada penglibatan dalam aktiviti haram seperti perjudian atau alkohol.
11. Risiko Pelaburan
- Harga aluminium: Pendapatan bergantung pada harga pasaran global yang boleh berubah.
- Pergantungan kepada segmen solar PV: Walaupun segmen ini berkembang, ia sangat kompetitif dan bergantung kepada polisi kerajaan.
- Kebergantungan kepada pelanggan utama: Beberapa pelanggan besar menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan.
- Hutang tinggi: Gearing ratio 1.00x menunjukkan tekanan kewangan jika pendapatan tidak stabil.
- Gangguan operasi: Risiko kelewatan penghantaran mesin baru yang dibiayai IPO.
Risiko harga bahan mentah dan hutang tinggi memerlukan pemantauan rapi. Walaupun segmen solar PV menarik, pelabur perlu sedar bahawa ia sangat bergantung kepada dasar kerajaan dan insentif.
Pelabur perlu memantau reaksi pasaran terhadap risiko ini, terutama jika harga aluminium global mula naik. Harga saham mungkin sensitif kepada berita berkaitan dasar tenaga solar.
12. Peers dan Kedudukan di Pasaran
- Peers utama dalam industri:
- Press Metal Aluminium Holdings Berhad: Pemain terbesar dalam sektor aluminium di Malaysia, dengan operasi global dan market capitalization besar.
- PMB Technology Berhad: Fokus pada penyelesaian aluminium dengan segmen tenaga solar.
- Sunview Group Berhad: Pemain dalam pemasangan dan pengurusan tenaga solar PV.
- Perbandingan saiz:
- WINSTAR adalah syarikat small-cap dengan market capitalization ~RM101.5 juta selepas IPO.
- Sebagai perbandingan, Press Metal dan PMB adalah mid- hingga large-cap stocks.
Tidak seperti Press Metal yang lebih global, WINSTAR lebih fokus pada pasaran tempatan dan niche, terutamanya tenaga solar dan bahan binaan. WINSTAR mungkin undervalued berbanding peers besar seperti Press Metal (P/E ~24x vs WINSTAR ~12x). Tapi anda perlu sedar WINSTAR kurang skala dan sumber.
13. Pengurusan dan Leadership
- Pengerusi Eksekutif dan CEO: Ng Tien Aik.
- Latar belakang pengurusan:
- Pengalaman luas dalam industri aluminium, termasuk pembangunan perniagaan dan pengurusan operasi.
- Pasukan pengurusan merangkumi individu dengan kepakaran dalam pemasangan tenaga solar PV
- Hubungan strategik: WINSTAR mempunyai hubungan dengan Sunview Group, yang memberi akses kepada projek besar.
Pengalaman panjang CEO memberi keyakinan bahawa syarikat berada dalam tangan yang kompeten.
Sunview Group sebagai rakan kongsi strategik membuka pintu kepada peluang tenaga solar yang lebih besar. Sebab ia memudahkan akses WINSTAR kepada projek berskala besar dalam sektor solar, yang merupakan bidang pertumbuhan utama.
14. Gambaran Industri
- WINSTAR beroperasi dalam dua industri utama:
- Industri Aluminium: Dipacu oleh permintaan dari sektor pembinaan dan pembuatan.
- Tenaga Solar PV: Segmen berkembang pesat disokong oleh inisiatif kerajaan untuk tenaga boleh diperbaharui
- Prospek tenaga solar:
- Malaysia sedang meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui, dengan polisi seperti FiT (Feed-in Tariff) dan LSS (Large-Scale Solar)
WINSTAR berada dalam industri aluminium yang stabil dengan peluang pertumbuhan besar dalam tenaga solar. Tapi mereka perlu bersaing keras untuk mengekalkan margin keuntungan dalam kedua-dua sektor.
Sebab untuk beli
- Potensi pertumbuhan solar PV: Industri tenaga hijau berkembang pesat dengan sokongan dasar kerajaan.
- P/E Ratio undervalued: 12x, lebih rendah berbanding peers seperti Press Metal (24x).
- Peluang pertumbuhan small-cap: Ruang besar untuk pertumbuhan berbanding pemain besar dalam sektor.
- Pengurusan berpengalaman: Rekod prestasi panjang dalam industri aluminium dan hubungan strategik dengan Sunview Group.
- Patuh syariah: Menarik kepada pelabur institusi Islamik dan individu Muslim.
Sebab untuk tunggu
- Gearing ratio tinggi: 1.00x menunjukkan pergantungan kepada hutang yang masih tinggi.
- Margins keuntungan rendah: 5.22% margin bersih boleh terjejas jika harga aluminium naik atau kos tidak dikawal.
- Kebergantungan kepada polisi kerajaan: Kejayaan segmen solar PV sangat bergantung kepada sokongan dasar seperti FiT dan LSS.
- Small float: Saham ini cenderung lebih volatile kerana jumlah saham terhad yang tersedia untuk dagangan awam.
- Tiada dividen: Pelabur yang mencari pendapatan pasif mungkin kecewa kerana keuntungan dilaburkan semula untuk pertumbuhan.