“If I were buying the whole company, would I be happy owning it forever?”
Itulah soalan pertama yang Warren Buffett tanya setiap kali dia nak beli saham.
Bagi Buffett, dia beli saham bukan untuk jual cepat-cepat bila harga naik. Dia beli saham macam nak beli bisnes itu sendiri. Kalau bisnes itu profitable, dia nak hold sampai bila-bila. Dalam erti kata lain, Buffett tak fikir macam trader. Dia fikir macam owner.
Tapi adakah falsafah ni sesuai untuk semua orang? Lagi-lagi untuk pelabur runcit biasa macam kita yang mungkin ada modal terhad dan masa terhad?
Dalam artikel ini, kita akan bincang dua sisi pendapat kata-kata Buffett ini:
- Kenapa ada masanya falsafah “hold forever” boleh buat kita jadi pelabur lebih bijak.
- Dan kenapa, dalam keadaan tertentu, menjual saham bukan satu kesalahan—malah satu strategi.
Untuk pelabur runcit seperti anda, jawapan sebenar bukan hitam putih. Ia bergantung kepada siapa anda, apa matlamat anda, dan bagaimana anda melabur.
Kenapa kena hold saham lama-lama macam Buffett?
Bila beli saham, Warren Buffett tak berfikir seperti trader—tapi dia akan berfikir seperti owner. Bila dia beli saham, dia bukan beli untuk dijual pada minggu depan. Dia beli sebab dia percaya syarikat tu akan terus menghasilkan keuntungan 10, 20, bahkan 30 tahun dari sekarang.

Kenapa pendekatan ni bagus? Sebab ia bina disiplin dan bagi kita kerangka fikir yang stabil dalam dunia pelaburan yang serba panik.
1. Pemikiran jangka panjang bantu lawan emosi
Bila pasaran jatuh, ramai pelabur runcit panik dan cut loss. Tapi Buffett ajar kita untuk tanya:
“Adakah bisnes ni masih kukuh, atau cuma harga sahamnya saja yang jatuh?”
Bila kita adopt pemikiran jangka masa panjang, kita tak cepat gelabah. Kita kekal tenang, sebab kita tahu nilai sebenar datang daripada bisnes syarikat itu sendiri, bukan dari carta saham syarikat itu.
2. Fikir sebagai owner = elak saham hype
Bila kita tanya soalan Buffett—“Sanggup tak aku miliki syarikat ni selama-lamanya?”—kita secara automatik akan dapat tapis:
- Saham ‘pump and dump’
- Syarikat yang hype tapi rugi
- Bisnes yang kita sendiri tak faham
Soalan ini jadi pengesan hype yang sangat berguna—terutamanya bila pasaran naik mendadak dan rasa FOMO menyerang.
3. Kualiti bisnes jadi fokus utama
Buffett tak kisah jika carta saham yang dia beli jatuh 20%—kalau dia tahu bisnes itu masih buat duit setiap hari. Falsafah ini ajar kita untuk:
- Kenal pasti kelebihan daya saing (economic moat)
- Faham model bisnes dan aliran tunai
- Lihat pengurusan syarikat, bukan sekadar laporan suku tahunan
Dengan pendekatan ini, kita tak sekadar beli saham. Kita beli mesin cetak duit berjangka masa panjang.
4. Compound interest: senjata rahsia pelabur tenang
Kebolehan anda hold saham yang cantik fundamental-nya dalam tempoh lama, akan menggandakan kekayaan anda. Kenapa? Sebab adanya compound interest. Dalam kes Buffett, dia jadikan Coca-Cola, American Express dan Apple sebagai contoh klasik bagaimana pulangan luar biasa datang bila kita sabar dan tak emosional.
“The stock market is a device for transferring money from the impatient to the patient.”
Pendek kata, kalau anda:
- Ada modal jangka masa panjang;
- Boleh kawal emosi, dan;
- Faham bisnes syarikat yang anda beli.
…falsafah “think like an owner” ini adalah akan membuatkan pelaburan saham anda berjaya.
Bila falsafah Buffett ini boleh jadi jerat kepada anda?
Walaupun gaya Buffett nampak bijak dan tenang, ia bukan pendekatan universal. Malah, kalau disalah guna, falsafah “hold forever” ni boleh buat pelabur runcit seperti anda terperangkap dalam keyakinan palsu. Kenapa?
Kerana anda bukan Warren Buffett—dan realiti anda tak sama dengan dia.
1. Tak semua saham sesuai hold lama-lama
Zaman berubah. Teknologi yang disruptif muncul setiap tahun. Syarikat yang dulu dominan boleh rebah sekelip mata—Nokia, Kodak, BlackBerry semua pernah jadi raja. Sekarang mereka dah tak relevan dalam sektor masing-masing. Kalau anda hold saham sebegitu kononnya “untuk jadi owner,” anda mungkin akan kerugian besar.
Pegang terlalu lama = opportunity cost + stuck in declining businesses.
2. Buffett ada advantages yang kita tak ada
Buffett boleh:
- Jumpa CEO bila-bila masa
- Beli saham banyak-banyak dan dapat kerusi ahli lembaga pengarah syarikat
- Akses data dan maklumat yang pelabur runcit tak dapat
Dia juga ada modal berbilion dolar dan tak perlu jual saham sebab nak pakai duit. Kita? Mungkin ada komitmen bulanan, modal kecil, dan terpaksa cairkan pelaburan bila ada kecemasan. Anda tak main game yang sama—jadi jangan tiru gaya tanpa sesuaikan konteks.
3. Risiko terlepas peluang lain
Masalah bila anda terlalu percaya dengan konsep “buy like an owner,” anda boleh jadi terlalu setia dengan saham yang stagnan. Kadang-kadang, menjual satu saham dan berpindah ke peluang yang lebih baik boleh tingkatkan pulangan portfolio anda.
Contoh: Anda pegang saham syarikat pengguna (consumer goods) dengan pertumbuhan perlahan. Tapi pasaran teknologi sedang meletup, dan anda terlepas 5X pulangan dalam 3 tahun—kerana terlalu setia dengan “saham selamat.”
4. Pasaran hari ini lebih cepat dan kompleks
Kitaran teknologi makin pantas. Perubahan sentimen pasaran boleh berlaku dalam beberapa jam—bukan berbulan-bulan. Falsafah pelaburan juga berkembang: sekarang ada pelabur yang berjaya melalui gaya swing trading, momentum investing, atau sector rotation.
Kalau semua orang cuba jadi Buffett, ramai akan kecewa sebab tak sesuai dengan gaya hidup dan toleransi risiko mereka.
Jadi, adakah falsafah Buffett salah? Tidak.
Tapi ia perlu dibaca dengan konteks—dan tidak diangkat sebagai satu-satunya jalan pelaburan.
Apa yang anda patut pegang daripada dua falsafah ini?
Setelah kita meneliti dua sisi falsafah pelaburan ini—antara jadi owner ala Buffett atau fleksibel macam trader—soalannya sekarang: apa yang paling sesuai untuk kita sebagai pelabur runcit?
Jawapannya mungkin bukan sama untuk semua orang. Tapi ada beberapa prinsip asas yang boleh dijadikan panduan:
1. Guna soalan Buffett sebagai filter, bukan dogma
Soalan “Kalau aku beli seluruh syarikat ni, sanggup tak aku pegang sampai bila-bila?” sangat berguna untuk tapis saham yang lemah.
Tapi jangan jadikan ia alasan untuk kekal dalam saham yang dah hilang potensi. Hold saham lama-lama hanya masuk akal kalau:
- Asas syarikat masih kukuh
- Model bisnes masih relevan
- Sektor tidak terganggu oleh perubahan besar
“Think like an owner when you buy—but be honest enough to leave when the business changes.”
2. Kenali gaya pelaburan anda sendiri
Adakah anda:
- Seorang yang suka pantau carta pasaran setiap hari?
- Atau jenis “letak duit dan biar”?
Kalau anda selesa dengan risiko tinggi dan mahu pusingan modal cepat, falsafah Buffett mungkin terlalu perlahan. Tapi kalau anda mahu bina kekayaan perlahan-lahan tanpa tekanan harian—falsafah Buffett sangat sesuai.
“Tiada satu strategi pun yang sempurna. Tapi ada strategi yang sesuai untuk anda.”
3. Bersikap fleksibel tapi berprinsip
Kunci kejayaan pelaburan saham bukan pilih antara cara Buffett atau cara traders—tapi tahu bila nak jadi siapa.
- Waktu pasaran panik? Jadi Buffett: sabar dan pegang saham kukuh.
- Waktu saham naik terlalu cepat tanpa asas? Jadi traders: take profit dan rebalance balik portfolio anda.
Pelabur hebat bukan yang setia membuta tuli, tapi yang tahu menyesuaikan falsafah dengan realiti.
4. Matlamat kewangan anda = kompas pelaburan anda
Apa tujuan anda melabur?
- Dana persaraan?
- Nak beli rumah 5 tahun lagi?
- Nak kumpul modal bisnes?
Setiap matlamat ada garis masa, tahap risiko dan strategi berbeza.
Falsafah Buffett mungkin sesuai untuk jangka panjang, tapi kalau duit tu anda nak guna tahun depan—anda kena fikir cara lain.