Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

BlackRock Syarikat Pengurusan Dana Yang Ingin Menguasai Dunia

Sejak akhir-akhir ini kecoh nama syarikat Blackrock dibincangkan di media sosial. Hal ini mulai menjadi hangat apabila dilaporkan antara yang berminat untuk melaburkan melibatkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persepsi daripada orang ramai.

Turut menjadi sebutan para pelabur kriptowang apabila syarikat ini dengan penuh agresif membeli Bitcoin secara besar-besaran yang sekaligus memberi impak kepada harga Bitcoin. Dalam pada itu, sejauh manakah anda mengetahui mengenai syarikat BlackRock? Pada kali ini kami akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai syarikat yang bernilai lebih $133 bilion USD ini.

Latar belakang syarikat

BlackRock merupakan syarikat pengurusan pelaburan multinasional dari Amerika Syarikat yang ditubuhkan oleh Larry Fink bersama-sama dengan beberapa rakan kongsi yang lain. Syarikat ini berjaya muncul sebagai pengurus aset terbesar dunia dengan jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $10 trilion setakat 31 Disember 2023.

Dalam erti kata lain, syarikat ini tidak mempunyai masalah untuk membeli syarikat-syarikat di dunia yang sekaligus menjadikan mereka sebagai pemegang saham terbesar.

BlackRock berjaya menjadi syarikat mengurus aset bagi lebih 100 negara dengan jumlah pekerja mencecah 18,000 individu dan fokus menguruskan pelaburan dana ekuiti, bon, hartanah. Selain itu, mereka turut menguruskan kumpulan dana dagangan bursa (ETF) iShares bersama dengan syarikat The Vanguard Group dan State Street dalam membentuk ‘The Big Three’ bagi pengurus dana indeks.

Kejayaan ini berjaya menempatkan mereka di tempat yang ke-229 dalam senarai Fortune 500 bagi syarikat terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan pendapatan.

Struktur Operasi BlackRock

BlackRock mempunyai lebih daripada 18,000 pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di lebih daripada 100 negara. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis produk pelaburan, termasuk dana ekuiti, bon, hartanah, dan pelaburan alternatif. BlackRock juga terkenal dengan platform pengurusan aset yang inovatif, seperti Aladdin, yang digunakan untuk pengurusan risiko dan analisis pelaburan.

Syarikat ini mempunyai struktur organisasi yang kompleks, dengan pelbagai unit yang menguruskan aset berdasarkan kategori dan keperluan pelabur. Unit-unit ini termasuk unit pengurusan pelaburan, unit penyelidikan, dan unit perkhidmatan pelanggan.

 Sejarah syarikat BlackRock

Diasaskan pada tahun 1988, BlackRock pada awalnya diasaskan oleh Larry Fink bersama rakan-rakannya iaitu Robert S. Kapito dan Susan Wagner. Syarikat ini pada awalanya memfokuskan kepada pengurusan aset institusi dengan penekanan kepada pengurusan risiko.

Berjaya meraih pembiayaan awal daripada Peter Peterson daripada The Blackstone Group, syarikat ini berjaya meraih keuntungan dan aset pengurusan mencecah $2.7 bilion seawal setahun ditubuhkan iaitu pada tahun 1989.

Empat seterusnya, BlackRock telah menjenamakan syarikat mereka daripada Blackstone Financial Management kepada BlackRock seperti yang dikenali pada hari ini di mana jumlah aset di bawah pengurusan mereka mencecah $17 bilion.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka bersama tidak berpanjangan di mana mereka telah berpisah yang menyaksikan Larry Fink dilantik sebagai pengerusi dan CEO syarikat yang ditubuhnya.

Menjelang tahun 1999, BlackRock berjaya melakar sejarah apabila disenaraikan di Bursa Saham New York dengan pengurusan aset mencecah $165 bilion. Syarikat ini turut berjaya mengambil alih beberapa firma besar seperti State Street Research & Management pada tahun 2004 dan penggabungan dengan Merrill Lynch Investment Managers pada tahun 2006

Kejayaan BlackRock diteruskan lagi pada tahun 2010 di mana syarikat ini berjaya memperoleh Barclays Global Investors termasuk perniagaan ETF iShares yang menyaksikan BlackRock muncul sebagai syarikat pengurusan aset terbesar di dunia.

Jumlah pengurusan aset BlackRock dilihat semakin meningkat apabila pada tahun 2015, BlackRock mengumumkan jumlah pengurusan aset mereka mencecah $4.721 trilion. Pengukuhan mereka dalam industri kewangan sekaligus membuatkan langkah-langkah daripada syarikat ini berjaya memberi kesan besar kepada pasaran dunia.

Meskipun ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China, BlackRock berjaya meraih kepercayaan daripada kerajaan China untuk menubuhkan perniagaan dana bersama di China. Pada tahun ini, sekali lagi sejarah tercipta apabila mereka memilih untuk melabur dalam kriptowang Bitcoin secara besar-besaran sehingga memegang lebih 2% pegangan Bitcoin dunia. Selain itu, syarikat ini turut melancarkan dana tokenisasi pertama di Ethereum.

Baca: Cara Trade Saham Seperti Jerung

Penyertaan dalam arena kriptowang

Pada Jun 2023, Blackrocktelah memfailkan permohonan untuk melancarkan ETF Bitcoin Spot dan diluluskan pada 2024. Kelulusan ETF iShares Bitcoin Trust sekali lagi menjadi fenomena dalam industri kriptowang sekaligus menjadi pemangkin Bitcoin mencatat paras harga tertinggi.

Penyertaan BlackRock dalam pasaran ekonomi Malaysia

Pada tahun 2011, BlackRock secara rasminya telah membuka pejabat di Malasia bertempat di Kuala Lumpur. Pembukaan pejabat ini tidak hanya memfokuskan kepada pelaburan dalam negara, malah turut menumpukan kepada beberapa negara-negara lain yang terkesan daripada kesan kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Antara pelaburan terawal mereka di Malaysia adalah pelaburan dalam syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang sekaligus mengukuhkan lagi nilai syarikat ini. Selain itu, pelaburan terbesar dalam negara adalah pada syarikat Petroliam Nasional Bhd atau lebih dikenali sebagai Petronas.

Setakat tahun ini, pelaburan di Malaysia dilaporkan mencecah RM27.5 bilion menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Difahamkan penarikan pelaburan dikatakan memberi impak besar kepada dua syarikat penting dalam negara. Selain daripada Malaysia, BlackRock turut aktif dalam pelaburan aset di negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia, UAE, Oman dan Bahrain.

Senarai saham BlackRock dalam syarikat-syarikat besar

Tidak dinafikan, pegangan seakan sudah meliputi kesemua syarikat-syarikat besar dalam dunia. Dalam erti kata lain, sama ada anda menyokong atau tidak tindakan BlackRock, anda seolah tidak dapat lari daripada membeli produk daripada syarikat-syarikat besar yang BlackRock mempunyai saham ini.

Berikut merupakan antara syarikat-syarikat di mana BlackRock saham didalamnya serta jumlah peratusan portfolio pemilikan BlackRock.

  • Apple Inc. – 5.14%
  • Amazon.com – 2.44%
  • Alphabet Inc. Class A – 1.48%
  • Alphabet Inc. Class C – 1.28%
  • Broadcom Inc. – 0.99%
  • Meta Platforms – 1.43%
  • Microsoft Corp. – 5.19%
  • Nvidia Corporation – 2.28%
  • Tesla Inc. – 1.20%
  • UnitedHealth Group Inc. – 0.98%

Berdasarkan peratusan pemilikan menerusi senarai tersebut, dapat disimpulkan BlackRock gemar memilih syarikat-syarikat yang berpotensi besar.

Baca: Senarai Saham Bluechip di Malaysia

Selain itu, senarai syarikat-syarikat ini turut mempunyai pengkalan besar di Amerika Syarikat di mana kebanyakannya tertumpu kepada saham sektor teknologi. Selain itu, suntikan daripada BlackRock turut menjadi pemangkin buat syarikat-syarikat ini terus berkembang dengan pertambahan jumlah dana.

Difahamkan kejayaan syarikat tidak hanya didorong oleh perkembangan syarikat yang dilabur, malah analisis mendalam yang dibuat antara yang membantu mereka terus berkembang. Tidak hairanlah nama Blackrock berjaya muncul sebagai syarikat pengurusan dana terbesar dana dunia mengalahkan syarikat-syarikat pengurusan dana yang lain.

Share the Post:

Baca Artikel Lain