Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Cara Mudah Mohon Saham IPO

Tahukah anda, jika sesebuah syarikat ingin disenaraikan secara rasmi di Bursa Malaysia dan sahamnya boleh dijual beli secara terbuka, ia mesti terlebih dahulu melalui proses yang dikenali sebagai Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam. Melalui IPO, syarikat akan menjual saham mereka kepada orang awam buat kali pertama, dan hasil daripada penjualan saham ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan syarikat tersebut. 

Apa Itu IPO?

IPO atau Initial Public Offering a(Tawaran Awam Awal), adalah proses di mana sebuah syarikat swasta mula menjual saham mereka kepada orang awam buat pertama kali. Sebelum ini, saham syarikat hanya dimiliki oleh pengasas, pelabur awal, dan pemilik utama, tetapi melalui IPO, saham syarikat tersebut boleh dibeli oleh pelabur umum.

Sebagai pelabur, anda boleh membeli saham syarikat tersebut dengan harapan bahawa nilai saham akan meningkat seiring dengan kejayaan dan perkembangan syarikat. IPO juga menunjukkan bahawa syarikat tersebut akan disenaraikan di bursa saham, seperti Bursa Malaysia, membolehkan sahamnya diperdagangkan secara terbuka. Jadi dah faham kan serba sedikit mengenai IPO ini. 

Kepentingan IPO Untuk Bumiputera

Bumiputera perlu mengambil  peluang untuk membeli IPO kerana ia membuka ruang untuk melabur pada peringkat awal, di mana harga saham biasanya lebih rendah. Ini memberi peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar jika harga saham meningkat selepas disenaraikan. Dengan membeli IPO, Bumiputera juga dapat memperkukuhkan penglibatan dalam ekonomi negara dan memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat besar.

Selain itu, melabur dalam IPO membantu Bumiputera membina aset jangka panjang dan dapatkan pendapatan tambahan melalui dividen. Ini juga cara penting untuk kurangkan jurang ekonomi dan kuatkan kewangan Bumiputera. Bila lebih ramai Bumiputera terlibat, kita boleh tingkatkan pegangan dalam syarikat besar dan beri kesan positif kepada masa depan ekonomi Bumiputera.

Sebenarnya kalau anda nak tahu tak ramai lagi bumiputera yang terlibat dengan saham IPO ini, mungkin kerana kurang pendedahan kepada mereka. Banyak sebenarnya kelebihan yang ada untuk pelabur awam di kalangan bumiputera, rugi jika anda tidak mengambil peluang ini.

Cara Nak Mohon Saham IPO

Melalui MITI

Jika anda seorang Bumiputera dan berminat untuk membeli saham, anda boleh membeli melalui MITI iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dahulu. Ini kerana MITI menawarkan pembelian saham khas hanya untuk Bumiputera.

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah mendaftar sebagai pelabur Bumiputera di laman web MITI. Anda hanya perlu isi borang dengan butiran peribadi serta sediakan dokumen seperti kad pengenalan dan bukti alamat. 

Bila selesai berdaftar, anda akan mendapat notis tentang tawaran saham IPO khas untuk Bumiputera. Bila ada mempunyai peluang, anda boleh memohon saham tersebut dengan mengisi borang yang disediakan dan nyatakan jumlah saham yang anda ingin  beli. 

Pastikan semua maklumat lengkap dan tepat. Bila permohonan dah diluluskan, anda hanya perlu membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, saham akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan anda. Mudah, kan? Selepas itu, anda boleh memantau pelaburan anda melalui akaun broker dan lihat perkembangan harga saham di pasaran.

Melalui Akaun Bank

Cara lain selain dari MITI, anda juga boleh memohon saham IPO ini melalui akaun bank simpanan anda sendiri.  Semuanya boleh diakses melalui platform perbankan dalam talian seperti Maybank2u atau CIMB Clicks. Kalau anda nak tahu prosesnya lebih cepat kerana anda boleh terus mengisi permohonan dan buat bayaran dalam satu masa sahaja.

Untuk membeli saham IPO melalui akaun bank, langkahnya cukup mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. 

Pertama, pastikan anda dah ada akaun CDS (Central Depository System), yang boleh dibuka dengan bank seperti Maybank, CIMB, atau RHB. 

Selepas itu, log masuk ke akaun perbankan dalam talian (contohnya, Maybank2u atau CIMB Clicks) dan pergi ke bahagian pelaburan. Di situ, anda akan jumpa senarai IPO yang sedang ditawarkan.

Pilih IPO yang anda minat, isikan borang permohonan secara online, dan masukkan jumlah saham yang anda ingin beli. Bayaran akan terus dipotong daripada akaun bank anda. Selepas menghantar permohonan, anda perlu menunggu  keputusan sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. 

Kalau berjaya, saham IPO tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda, dan anda boleh memantau pelaburan anda melalui akaun bank secara online. Semuanya boleh diurus dengan mudah dari rumah!

Risiko Yang Anda Perlu Tahu

Bagi pemula, bermain saham memang nampak menarik, tapi ia juga datang dengan beberapa risiko. Salah satu risiko utama adalah kehilangan modal . Harga saham boleh turun dengan cepat, dan jika anda tak berhati-hati, anda mungkin kehilangan sebahagian atau keseluruhan wang yang dilaburkan. 

Selain itu, ketidakpastian pasaran juga menjadi risiko besar. Pasaran saham sangat bergantung pada faktor ekonomi, politik, dan sentimen pelabur, yang boleh berubah-ubah dalam sekelip mata. Pemula yang kurang pengalaman mungkin terkejut dengan turun naik ini.

Pemula juga sering terdedah kepada risiko membuat keputusan beremosi. Tanpa pengetahuan yang cukup, anda mungkin terpengaruh untuk membeli atau menjual saham berdasarkan khabar angin atau rasa takut, yang akhirnya boleh merugikan. 

Satu lagi risiko adalah kurangnya pengetahuan tentang syarikat atau industri yang dilaburkan. Tanpa penyelidikan yang mendalam, anda mungkin melabur dalam syarikat yang kurang stabil atau tidak sesuai dengan matlamat kewangan anda.

Untuk mengurangkan risiko ini, penting untuk mula dengan modal kecil, belajar tentang asas pelaburan, dan mendapatkan panduan daripada pakar sebelum mengambil keputusan besar dalam dunia saham.

Share the Post:

Baca Artikel Lain