Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Pelabur Runcit Mula Borong Saham NVIDIA

saham nvidia

Hari Isnin lepas, pelabur runcit membeli saham NVIDIA (NVDA) dalam jumlah paling besar pernah direkod—$562.2 juta (kira-kira RM2.6 bilion). Ini kali pertama benda macam ni berlaku sejak rekod bermula pada tahun 2014.

Sebelum ini, NVIDIA, yang menjadi syarikat paling bernilai di dunia susulan ‘AI boom’ tiba-tiba susut 17% (hilang lebih $593 bilion nilai pasaran) di NASDAQ. Sebabnya? Satu startup AI dari China, DeepSeek, keluarkan model AI yang berjaya menyaingi persembahan produk LLM (ChatGPT) dari Amerika Syarikat meskipun hanya menggunakan GPU NVIDIA yang lama.

Trend membeli saham NVIDIA

Pelabur runcit memang dah lama minat Nvidia. Dalam suku terakhir, pelabur runcit beli $7.3 bilion saham Nvidia, tapi ini dah kurang hampir separuh dari kemuncak pada September 2024.

Isnin tu, retail investors ‘all-in’ sebab mereka rasa harga dah murah selepas jatuh teruk. Strategi ini biasa dalam pelaburan: buy the dip (beli masa harga rendah).

Selasa lepas, saham teknologi lain mula pulih sikit lepas kejatuhan besar. Tapi sentimen pasaran masih rapuh. Isu utama ialah:

  • Valuasi saham AI macam Nvidia dah terlalu tinggi (overvalued).
  • Kemunculan AI murah dari China buat orang fikir balik siapa sebenarnya pemain utama (dominant players) dalam AI.

Analisis teknikal


1. Volume Analysis

Ada lonjakan volume:

  • Terdapat peningkatan drastik kepada volume dalam dua candle terakhir (sharp drop dan rebound).
  • Ini maknanya ada aktiviti belian dan jualan yang tinggi. Dalam erti kata lain, ada banyak pelabur runcit dan market makers (pelabur institusi atau jerung) yang memberi reaksi kepada berita terkini tentang NVIDIA.
  • Volume tinggi di candle hijau selepas candle merah mencadangkan akan ada potensi NVIDA untuk buat recovery.

2. Price Action

Ada sharp drop di support area:

  • Harga jatuh tapi ada minat membeli sekitar julat $116–$120, yang bertindak sebagai support zone.
  • Pelabur menunjukkan minat membeli yang agresif, menyebabkan harga saham naik atas $128.

Ada strong rebound di candle terakhir:

  • Candle terakhir menunjukkan pattern ‘bullish engulfing’. Maknanya momentum membeli masih kuat buat masa sekarang.

3. Moving Averages (MA)

Ada petunjuk Short-Term Reversal:

  • Harga sekarang dah melintasi lebih daripada satu short-term MA (garisan hijau dan biru). Ini maknanya saham ini tengah ada bullish momentum, cuma masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada momentum akan sustain atau tak.

Medium-term downtrend:

  • Secara keseluruhan, chart NVIDIA ini masih dalam medium-term downtrend sejak harga puncak pada November 2024 lepas. Kalau nak pecahkan downtrend ini, NVIDIA kena pecah resistance level sekitar $140–$150.

4. Key levels yang perlu diperhati:

  • Support Levels:
    • $116: Paras support paling baru.
    • $120: Paras support psikologi.
  • Resistance Levels:
    • $130: Zon resistance paling baru. Harga kena kekal berada atas resistance ini untuk membina keyakinan dan momentum pada masa akan datang.
    • $140–$145: Resistance paling kuat berdasarkan harga sepanjang Januari 2025.

5. RSI & MACD

  • RSI (Relative Strength Index):
    • Kalau RSI oversold masa penurunan harga saham baru-baru ini, ia menyokong teori yang saham ini akan melonjak semula. Saham yang oversold memang selalu akan ada short-term reversals.
  • MACD (Momentum):
    • Perhatikan crossover atau pengukuhan bullish momentum.

Analisis short-term: Mungkin akan ada rebound selepas RSI menjadi oversold, disokong oleh volume belian yang tinggi. Jika saham naik melepasi $130, maknanya momentum bullish dah ada.

Analisis medium-term: NVIDIA masih tengah bearish sehinggalah harga melepasi $145. Kalau anda nak masuk posisi, pastikan stop-loss bawah $116 untuk limit risiko, dan monitor news pasal persaingan AI sebab tu boleh trigger movement besar lagi.

 

 

Share the Post: