Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Peluang Pelaburan Menerusi IPO di Bursa Malaysia

9 September lepas, syarikat 99 Speed Mart mula disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dalam penyenaraian itu, 99 Speed Mart dibuka pada harga RM 1.65 dan ditutup pada RM 1.85 iaitu kenaikan 12.1% dalam masa satu hari.

Penyenaraian itu menjadikan merupakan IPO terbesar di Malaysia sejak tahun 2017 dengan kutipan sebanyak RM 2.36 Billion. 

Apa Itu IPO?

IPO (Initial Public Offering) ataupun Tawaran Awam Permulaan ialah satu proses dimana sesebuah syarikat swasta mengumpul dana melalui penyenaraian syarikat dalam pasaran saham. 

Dalam kata lain, syarikat swasta tersebut akan menawarkan saham kepada orang ramai dan hasil jualan saham itu membolehkan syarikat mengutip dana untuk perbelanjaan perniagaan, penyelidikan & pembangunan (R&D) ataupun menambah tenaga kerja.

Pemegang pemegang saham pula boleh menikmati keuntungan jika saham syarikat yang dibeli itu naik. 

Sebagai contoh, jika seseorang pelabur itu berjaya membeli 1000 unit saham IPO 99 Speed Mart pada harga RM 1.65 seunit, dia telah berjaya membuat keuntungan sebanyak 12.1% ataupun RM 199.65 pada akhir hari pertama penyenaraian!

Contoh IPO Yang Berjaya di Malaysia

Kisah IPO 99 Speed Mart ini bukanlah sesuatu yang baru. Terdapat banyak lagi peluang seperti ini kalau anda peka dengan lanskap dunia perniagaan di Malaysia.

Berikut adalah 4 lagi contoh IPO syarikat syarikat yang berjaya disenaraikan dalam Pasaran Utama dan Pasaran ACE di Bursa Malaysia:

1 – MR DIY

Rangkaian peruncit perkakas rumah, MR DIY mula beroperasi hanya dengan sebuah kedai runcit menjual alatan rumah pada tahun 2005. Tapi menjelang 2024, MR DIY kini sudah berkembang kepada lebih 2500 cawangan di 10 negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, India dan Turki.

MR DIY telah IPO di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Oktober 2020.

Harga IPO: RM 1.60

Harga Tutup (hari pertama): RM 1.75

Kenaikan: 9.4%

2- NationGate Holdings

NationGate Holdings adalah syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang berpangkalan di Pulau Pinang. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2010 dan berkembang pesat dalam industri Elektrik & Elektronik (E&E).

NationGate telah IPO dalam Pasaran ACE di Bursa Malaysia pada Januari 2023.

Harga IPO: RM 0.38

Harga Tutup (hari pertama): RM 0.81

Kenaikan: 113%

3 – Oppstar Technology Berhad

Oppstar Technology merupakan syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) yang beroperasi pada tahun 2014. Mereka adalah antara syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu ini.

Oppstar Technology telah IPO dalam Pasaran ACE di Bursa Malaysia pada Mac 2023.

Harga IPO: RM 0.63

Harga Tutup (hari pertama): RM 2.43

Kenaikan: 286%

4 Farm Fresh

Farm Fresh Berhad merupakan syarikat produk tenusu tempatan yang terbesar di Malaysia. Bermula pada tahun 2009, Farm Fresh dimulakan oleh dua orang usahawan adik-beradik  dengan sebuah ladang kecil di Johor.

Farm Fresh kini beroperasi di Malaysia dan Australia dengan lebih daripada 6000 ekor lembu. Mereka telah IPO dalam Pasaran Utama di Bursa Malaysia pada Mac 2022.

Harga IPO: RM 1.35

Harga Tutup (hari pertama): Rm 1.72

Kenaikan: 27.4%

Kesimpulan

Kisah kisah kejayaan IPO ini menunjukkan betapa luasnya peluang untuk meraih keuntungan semasa IPO sesebuah syarikat.

Tapi perlu diingatkan, tiada jaminan yang semua saham IPO akan naik melebihi harga permulaannya. Pelabur pelabur sering memilih untuk melabur semasa IPO untuk berpeluang membuat keuntungan daripada potensi perkembangan syarikat itu di masa hadapan.

Selain Bursa Malaysia, terdapat juga pasaran pasaran saham serantau dan antarabangsa yang turut menyediakan peluang pelaburan IPO.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah nasihat kewangan. Pastikan anda membuat kajian menyeluruh sebelum melakukan apa apa pelaburan.

Share the Post: