Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Senarai 21 Saham Blue Chip di Malaysia

Sebagai pelabur, pasti anda pernah mendengar tentang saham Blue Chip. Saham Blue Chip merupakan saham syarikat besar yang mempunyai reputasi cemerlang dan stabil dalam pasaran. Biasanya, syarikat blue chip mempunyai kestabilan kewangan yang kukuh. Dalam kitaran ekonomi, saham Blue Chip biasanya lebih sesuai dan kurang terkesan dengan tekanan turun naik pasaran.

Berikut adalah senarai dan huraian terperinci untuk beberapa saham Blue Chip terkemuka di Malaysia:

 1. Maybank (Malayan Banking Bhd)

Maybank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan seperti perbankan, pelaburan dan perbankan Islam., perbankan global, dan insurans. Majoriti pendapatannya diperoleh daripada aktiviti perbankan kepada pelanggan terdiri daripada usahawan, NGO dan syarikatkorporat.

– Market Cap: RM 128392 M

– Range Harga Tahunan: RM8.80 – RM11

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 2. Public Bank Bhd (PBBANK)

Public Bank merupakan syarikat perbankan yang terkenal di Malaysia khususnya dalam segmen penggunakorporat dan melibatkan pertukaran matawang asing. ). Syarikat ini juga mempunyai market shares yang besar di Asia Tenggara, dan strateginya juga tertumpu kepada pasaran Asia seperti di Vietnam, Hongkong dan lain lain.

– Market Cap: RM 91032 M

– Range Harga Tahunan: RM3.98 – RM4.80

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 3. CIMB Group Holdings Bhd

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam, dan pengurusan aset.

– Market Cap: RM 88794 M.

– Range Harga Tahunan: RM5.80-RM8.50

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 4. Tenaga Nasional Bhd (TNB)

TNB adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, terlibat dalam sektor tenaga terutamanya elektrik.. Pelanggan utama TNB adalah operasi komersial, pengguna domestik, dan entiti industri besar.

– Market Cap: RM84985 M

– Range Harga Tahunan: RM9.80 – RM14.50

– Status Syariah: Patuh Syariah

 5. IHH Healthcare Bhd

IHH Healthcare merupakan rangkaian hospital dan pusat pemulihan postoperative yang terkemuka di Asia. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan sokongan seperti makmal diagnostik, pusat pengimejan, penjagaan ambulatori, dan kemudahan pendidikan perubatan. Pasaran utama IHH termasuk Turkiye,Hongkong, Macedonia, Singapura dan Malaysia,

– Market Cap: RM85101 M

– Range Harga Tahunan: RM5.95-RM7.24

– Status Syariah: Patuh Syariah

 6. Petronas Chemicals Group Bhd (PCHEM)

Petronas Chemicals adalah syarikat yang menghasilkan bahan kimia petro. Syarikat ini terkenal dalam dua segmen utama: Olefins & Derivatives dan Fertilizers & Methanol. Segmen Olefins & Derivatives menyumbang sebahagian besar pendapatan syarikat dengan menjual bahan kimia dan gas berkaitan sektor tenaga..

– Market Cap: RM45200 M

– Range Harga Tahunan: RM5.30-RM7.40

– Status Syariah: Patuh Syariah

 7. CelcomDigi Berhad (CDB)

CelcomDigi adalah syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan komunikasi mudah alih dan produk berkaitan di Malaysia. Ia juga menawarkan perkhidmatan telekomunikasi, infrastruktur telekomunikasi. CelcomDigi mempunyai kepelbagaian perkhidmatan yang meliputi seluruh Malaysia, menjadikannya antara pemain utama dalam industri telekomunikasi.

– Market Cap: RM44462 M

– Range Harga Tahunan: RM3.48-RM4.42

– Status Syariah: Patuh Syariah

 8. Hong Leong Bank Bhd (HLBANK)

Hong Leong Bank menawarkan pelbagai produk kewangan yang pelbagai kepada pelanggandi Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Hongkong dan lain lainPendapatan utamanya adalah daripada perkhidmatan kewangan peribadi, perbankan perniagaan dan korporat, pembiayaan perdagangan dan pengurusan aset.

– Market Cap: RM45723 M

– Range Harga Tahunan: RM18.50 – RM21.50

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 9. Press Metal Aluminium Holdings Bhd (PMETAL)

Press Metal adalah syarikat yang mengeluarkan aluminium kepada pelanggan di seluruh dunia. Ia beroperasi dalam dua segmen: peleburan dan penyemperitan, yang menghasilkan sebahagian besar pendapatan dengan menghasilkan aluminium yang diekstrusi dan aloi aluminium untuk pelanggan industri. Syarikat ini beroperasi di Asia dan Eropah.

– Market Cap: RM40621 M

– Range Harga Tahunan: RM4.40-RM6.05

– Status Syariah: Patuh Syariah

 9. YTL Corp Bhd

YTL Corp adalah syarikat induk global yang beroperasi dalam pembangunan infrastruktur melalui anak syarikatnya. Operasi syarikat ini meliputi pembinaan, penjanaan dan penghantaran kuasa, pengurusan air dan kumbahan, komunikasi, pembuatan simen, pembangunan hartanah, dan pengurusan hotel. Pendapatan utama YTL adalah daripada penjualan tenaga elektrik, air, dan produk lain seperti simen dan hartanah.

– Market Cap: RM38.6 bilion

– Range Harga Tahunan: RM0.65 – RM0.92

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 10. MISC Bhd

MISC adalah syarikat logistik maritim yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini beroperasi dalam empat segmen: petroleum, gas asli cecair, luar pesisir, dan kejuruteraan berat. Segmen petroleum menyumbang bahagian terbesar daripada pendapatan dengan mengangkut minyak mentah, produk petroleum, dan bahan kimia melalui laut. Syarikat ini juga terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan luar pesisir serta perkhidmatan pembinaan dan penyelenggaraan darat.

– Market Cap: RM38.4 bilion

– Range Harga Tahunan: RM7.20-RM8.96

– Status Syariah: Patuh Syariah

 11. YTL Power International Bhd (YTLPOWR)

YTL Power adalah syarikat utiliti elektrik yang menghasilkan dan menghantar kuasa elektrik di seluruh Asia Tenggara. Syarikat ini juga memiliki perniagaan perkhidmatan air dan kumbahan di United Kingdom serta menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi melalui YTL Communications di Malaysia dan Singapure

– Market Cap: RM 31486 M

– Range Harga Tahunan: RM2.60 – RM5.40

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 12. Petronas Gas Bhd (PETGAS)

Petronas Gas adalah syarikat gas dan utiliti di Malaysia. Operasinya dibahagikan kepada empat bahagian: Pemprosesan Gas, Pengangkutan Gas, Utiliti, dan Regasifikasi. Pendapatan utamanya diperoleh daripada pemprosesan gas dan pembekalan gas kepada pelanggan di Malaysia dan Singapura.

– Market Cap: RM 31486 M

– Range Harga Tahunan: RM17-RM18.80

– Status Syariah: Patuh Syariah

 13. Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG)

Hong Leong Financial Group adalah kumpulan kewangan yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang terlibat dalam perbankan, insurans, dan pengurusan aset. Syarikat ini mempunyai operasi yang kukuh di Malaysia dan rantau ASEAN, dengan fokus pada produk perbankan pengguna dan korporat serta insurans..

– Market Cap: RM22091 M

– Range Harga Tahunan: RM16-RM19.40

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 14. Maxis Bhd

Maxis adalah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan komunikasi, termasuk perkhidmatan mudah alih, talian tetap, jalur lebar, dan penyelesaian digital. Syarikat ini mempunyai pelanggan yang meluas di seluruh negara dan terkenal dengan inovasinya dalam perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi.

– Market Cap: RM26.5 bilion

– Range Harga Tahunan: RM3.35-RM4

– Status Syariah: Patuh Syariah

 15. SD Guthrie Berhad (Sime Darby Bhd)

Sime Darby adalah syarikat konglomerat yang beroperasi dalam pelbagai industri, termasuk perladangan, hartanah, automotif, perindustrian, penjagaan kesihatan, dan logistik. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat terkemuka di Malaysia dengan operasi yang meluas di seluruh dunia.

– Market Cap: RM 32227 M

– Range Harga Tahunan: RM4.15-RM4.75

– Status Syariah: Patuh Syariah

 16. RHB Bank Bhd

RHB Bank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan, termasuk perbankan runcit, perbankan korporat, perbankan pelaburan, dan insurans. Syarikat ini mempunyai market shares yang kukuh di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

– Market Cap: RM 27246 M

– Range Harga Tahunan: RM5.40 – RM6.30

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 27. Hartalega Holdings Bhd

Hartalega adalah salah satu pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan sarung tangan getah untuk pelbagai kegunaan, termasuk perubatan, perindustrian, dan penjagaan kesihatan. Syarikat ini mempunyai operasi global yang meluas dan komitmen terhadap kelestarian dan inovasi produk.

– Market Cap: RM 22091 M.

– Range Harga Tahunan: RM16-RM19.40

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 18. Axiata Group Bhd

Axiata Group adalah syarikat telekomunikasi yang beroperasi di beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan komunikasi, termasuk perkhidmatan mudah alih, internet, dan perkhidmatan digital. Axiata juga terlibat dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan penyelesaian digital.

– Market Cap: RM 23138 M

– Range Harga Tahunan: RM2.18-2.94

– Status Syariah: Patuh Syariah

 19. Genting Bhd

Genting adalah syarikat konglomerat global yang terlibat dalam pelbagai industri, termasuk kasino dan hiburan, perladangan, hartanah, tenaga, bioteknologi, dan perhotelan.

– Market Cap: RM14073 M

– Range Harga Tahunan: RM2.32-RM2.94

– Status Syariah: Tidak Patuh Syariah

 20. Petronas Dagangan Bhd (PETDAG)

Petronas Dagangan adalah cabang runcit Petronas yang bertanggungjawab untuk pemasaran dan pengedaran produk minyak dan gas terdiri daripada gasoline, aviation fuel, kerosene, diesel, fuel oil, bunker fuel, lubricants, LPG, dan asphalt Syarikat ini juga menguruskan rangkaian stesen minyak Petronas dan menjual pelbagai produk minyak, termasuk petrol, diesel, gas petroleum cecair, dan pelincir. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti kedai serbaneka dan restoran di stesen minyak.

– Market Cap: RM 18986 M

– Range Harga Tahunan: RM16.70-RM23.10

– Status Syariah: Patuh Syariah

 21. Nestle (Malaysia) Bhd (NESTLE)

Nestle merupakan syarikat makanan dan minuman global yang disenaraikan di Bursa Malaysia, mengeluarkan pelbagai produk makanan, termasuk tenusu, kopi, coklat, minuman, dan produk pemakanan bayi. Syarikat ini mempunyai reputasi yang kukuh untuk inovasi produk dan kualiti, dan ia merupakan salah satu syarikat makanan terbesar di Malaysia.

– Market Cap: RM30.2 billion

– Range Harga Tahunan: RM100.00 – RM130

– Status Syariah: Patuh Syariah

Saham-saham Blue Chip di atas adalah antara yang paling terkenal di Malaysia dan sering dianggap sebagai pelaburan stabil. Sebagai pelabur, memahami latar belakang, model perniagaan, dan prestasi kewangan syarikat-syarikat ini boleh membantu dalam membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.

Baca: Cara Trade Saham Seperti Jerung

Share the Post:

Baca Artikel Lain