Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Cara Mohon Saham IPO di MITI

Apa itu saham IPO

Saham IPO adalah saham yang diterbitkan untuk syarikat meraih dana dari pelabur awam. Paling penting anda mempunyai direct CDS. Ini wajib tahu, biasanya bila ke bank, kita akan ditanya tentang CDS account dan ada istilah direct CDS dan nominee CDS.

Direct CDS adalah akaun untuk IPO tak kira melalui MITI atau beli menggunakan M2U/Cimb manakala nominee CDS pula akaun trading saham di bawah bank tersebut. Contoh anda buka akaun under Maybank, anda akan diberikan account cds nominee bagi melakukan apa apa transaksi saham kelak.

Anda perlu membuka akaun CDS kemudian barulah boleh berjual beli saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti.

Sudah punya akaun cds direct, anda pergi ke halaman MITI.

Cara mendaftar sebagai pelabur saham IPO MITI

  • Daftar melalui sahamonline.miti.gov.my dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pendaftaran Syarikat / Nombor Pendaftaran Koperasi / Yayasan / Pertubuhan sebagai ‘ID Pengguna’.
  • Sila layari laman “Log Masuk” atau klik pautan saham MITI
  • Sila tekan pautan Daftar Pelabur
  • Pilih Jenis Pelabur sama ada individu, syarikat, koperasi atau yayasan.
  • Isi maklumat di dalam Borang Pendaftaran Pelabur dan muatnaik dokumen yang diperlukan > Tanda √ Kotak Pengakuan > Tekan Hantar. Anda adalah dinasihatkan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat peribadi / organisasi adalah tepat sebelum menghantar permohonan pendaftaran. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan saham.
  • Notifikasi pendaftaran sedang proses akan dihantar ke email yang didaftarkan
  • Sila semak email bagi mendapat ID dan Kata Laluan Sementara selepas pendaftaran berjaya. Proses semakan pendaftaran adalah 5 hari bekerja.
  • Layari portal untuk maklumat saham yang ditawarkan iaitu Website MITI > Our Services > Bumiputera > Bumiputera Special Shares

Syarat lain:

Individu

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus Bumiputera;

MITI merujuk “Bumiputera” sebagai warganegara Malaysia yang tergolong dalam kategori – kategori di bawah:

  • “Orang Asli” dan “Orang Melayu”
  • Anak Negeri Sarawak
  • Anak Negeri Sabah 
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.
  • Pelajar adalah tidak layak memohon.Koperasi
  • Koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.
  • Yayasan
  • Yayasan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri atau Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.

Selepas anda mendaftar dan melakan permohonan IPO di MITI, anda akan menerima notifkasi sama ada anda layak atau tidak di hari balloting.

Walaubagaimanapun, permohonan saham IPO di MITI tidaklah menjanjikan 100% peluang untuk dapat. Setidaknya anda mencuba daripada tidak buat apa-apa. Inilah peluang warga Bumiputera merebut kuota yang ditawarkan oleh pihak MITI.

Baca: Cara Beli Saham di Bursa Malaysia

 

Share the Post:

Baca Artikel Lain