Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Zakat Saham Yang Perlu Pelabur Cakna Sebelum Terlambat

Sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan zakat. Menerusi zakat juga terdapat beberapa pecahan zakat seperti zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas & perak dan sebagainya. Sebagai rujukan, zakat pendapatan dikenakan kepada individu yang menerima pendapatan melebihi nisab dengan kadar 2.5%. Walau bagaimanapun, mungkin yang kurang peka dengan zakat saham di mana saham turut tergolong sebagai aset yang dikenakan zakat.

Zakat bertujuan untuk menyucikan harta dan ingatlah firman Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Surah Al-Baqarah (2): 267


Pengenalan Zakat Saham

Zakat saham merupakan zakat yang dikenakan kepada seseorang individu sekiranya saham tersebut memenuhi syarat-syarat tertentu. Ini juga turut tertakluk dalam zakat maal atau lebih dikenali sebagai zakat harta.

Individu muslim yang mempunyai saham perlu mengeluarkan zakat setiap tahun sekiranya memenuhi syarat atau nisab yang ditetapkan. Ayuh ketahui bagaimana seseorang Muslim dikenakan zakat mengikut syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat wajib

Seseorang individu Muslim wajib dikenakan zakat apabila mempunyai pemilikan penuh terhadap saham yang dimiliki.

Selain itu, nilai saham yang dimiliki mestilah melebihi nisab iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram emas nilai semasa (contoh~RM31,000). Soal haul, seorang haruslah menyimpan atau memiliki saham tersebut dalam tempoh setahun. Sekiranya seseorang tidak memiliki saham tersebut dalam tempoh setahun maka zakat tidak dikenakan keatasnya sebaliknya, zakat pendapatan yang dikenakan atas jual beli yang dilakukan.

Jenis-jenis saham yang dikenakan zakat

Zakat saham terbahagi kepada dua jenis saham iaitu Saham pelaburan jangka masa panjang dan juga saham untuk dagangan.

Saham untuk jangka masa panjang merupakan saham yang dipegang untuk meraih dividen (contohnya ASB) manakala saham untuk dagangan pula dibeli para pelabur bagi tujuan untuk dijual-beli bagi tujuan mendapatkan keuntungan (contohnya saham Tenaga Nasional).

Baca: Senarai Saham Blue Chip di Bursa Malaysia


Saham pelaburan jangka masa panjang

Bagi saham untuk pelaburan jangka masa panjang, zakat dikenakan ke atas dividen yang diterima serta nilai pasaran saham pada akhir haul iaitu setahun. Ia hanya dikenakan keatas dividen yang diterima sekiranya seseorang pelabur tidak berniat untuk menjual saham tersebut. 

Sekiranya seseorang pelabur berniat untuk menjual saham tersebut maka zakat ke atas saham beserta dividen akan diambil kira. 

Berikut merupakan contoh pengiraan bagi individu yang mahu membayar zakat ke atas saham yang tidak mahu dijualnya pada tahun tersebut. Sebagai contoh sekiranya seseorang pelabur memiliki saham berjumlah RM100,000 maka beliau bakal menerima RM5,000 menerusi dividen 5%.

Zakat yang dikenakan hanyalah – RM5,000 x 2.5% = RM125

Ini pula contoh sekiranya seseorang mahu menjual sahamnya beserta dividen yang diterima.


Zakat bagi saham yang mahu dijual – RM100,000 x 2.5% = RM2,500

Dividen saham – RM5,000 x 2.5% = RM125

Maka, jumlah zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM2,625

Baca: Cara Trade Saham Tanpa Modal

Cara main saham tanpa modal di tahun 2024


Saham untuk dagangan

Buat pelabur yang membeli saham untuk dagangan bagi tujuan jual beli, angka zakat yang dikenakan tentu mengikut nilai pasaran semasa saham tersebut pada akhir haul. Berikut merupakan contoh yang dikenakan kepada pelabur yang mempunyai saham dagangan yang mencukupi haul.

RM10,000 x 2.5% = RM250

Seperti zakat-zakat yang lain, pembayaran zakat buat disalurkan kepada golongan yang layak menerima zakat seperti fakir miskin, amil zakat dan juga institusi zakat yang diiktiraf. Buat anda yang buntu mengenai cara pengiraan zakat baik dari segi zakat pendapatan dan sebagainya, kami nasihatkan anda untuk terus ke institusi zakat yang berdekatan bagi mendapatkan informasi jumlah zakat yang perlu dikeluarkan.

Bantuan daripada mereka yang pakar dalam urusan zakat pastinya memudahkan anda sekaligus mengelakkan rasa was-was terhadap zakat yang mahu dikeluarkan pada tahun tersebut. Memahami dan mengira saham dengan betul memastikan anda dapat menunaikan rukun islam keempat dengan sempurna iaitu zakat. Semoga dengan ibadah zakat yang dilakukan dapat mensucikan harta sekaligus membuatkan kita menjadi hamba Allah yang beriman.

Baca: Cara Mohon IPO Melalui MITI

Cara Mohon Saham IPO di MITI

Share the Post:

Baca Artikel Lain