Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Cara main saham tanpa modal di tahun 2024

Ramai yang tertanya-tanya boleh ke main saham tanpa modal dan kalau boleh,bagaimana pula caranya. Artikel ini mengupas beberapa kisah benar dan pendapat ikhlas tentang cara main saham tanpa modal.

Seperti produk kewangan lain, produk pelaburan seperti saham juga mempunyai leverage yang disediakan oleh institusi kewangan. Namun, mungkin kita semua pernah mengetahui isu seperti Big Short atau cerita krisis Subprime Mortgage pada tahun 2008. Semuanya berpunca dari hutang dan ada segelintir pelabur runcit yang terkandas akibat pendekatan main saham tanpa modal ini.


Jika kita ingat lagi bagaimana Lehmann Brothers boleh runtuh walhal ianya merupakan sebuah institusi kewangan yang sangat gah dalam dunia perbankan. Apakan daya subprime mortgage crisis berlaku dan Lehmann Brothers pula mempunyai position yang banyak dalam real estate dan debt securities. Ada usaha untuk memulihkan keadaan tapi ia gagal dan Lehmann menjadi salah satu catatan sejarah kewangan dunia.

Satu lagi kisah overleveraged yang mungkin kita kerap dengar adalah Enron. Enron merupakan salah satu case study forensic accounting yang terkenal hingga kini. Benar tak dinafikan ada sesetengah syarikat yang suka menyorokkan angka angka mereka menggunakan creative accounting.

Baca: Kisah Blackrock Yang Ingin Menguasai Dunia



Sama tujuan seperti Enron dimana mereka ingin menyorokkan angka hutang yang syarikat miliki. Akhirnya sebuah empayar yang gagah runtuh angkara creative accounting dan hutang.

Sebenarnya banyak lagi kes over-leverage debt yang boleh kita ambik nilai seperti Worldcom, General Motor dan Pacific Gas & Electric Company. Semuanya mengalami isu hutang.

Tak dinafikan bahawa satu-satunya cara untuk main saham tanpa modal ialah menggunakan financing margin. Pihak bank akan memberikan anda kemudahan untuk membeli lebih banyak saham berbanding anda gunakan modal sendiri.

Di Malaysia, kemudahan ini diberikan kepada pelabur saham dan FCPO. Asalkan wang dalam akaun CDS anda cukup syaratnya.

Harus diingatkan, peratusan mereka yang berjaya dalam pasaran kewangan itu kecil hingga Charlie Munger, rakan niaga Warren Buffet dalam ucaptama AGM Berkershire Hathaway mengatakan; “Liquor, leverage, ladies” punca kenapa ramai orang gagal.

Baca: Cara Trade Saham Di Bursa Malaysia

Mark Cuban seorang billionaire selalu mengatakan jika kita mahu memulakan sesuatu dengan hutang, itu tanda seorang yang kurang cerdik akal. Apa yang kami cuba sampaikan di sini, sebaiknya mulakan sahaja dengan modal sedia ada walaupun kecil.

Katakan anda nak berhutang atau menggunakan financing bagi tujuan membeli saham. Ini analogi ringkas yang anda boleh fahamkan secara perlahan-lahan.


Katakan,

  1. Anda mempunyai modal RM10,000 untuk membeli saham ABC pada harga RM1.
  2. Disebabkan anda ada modal 10k, bank memberikan tambahan modal 100% untuk anda beli saham.
  3. Jadi anda mempunyai limit RM20k sekarang dan anda pun melakukan pembelian saham tersebut.
  4. Nilai pembelian anda adalah RM20k bagi 20,000 unit saham ABC dan harus diingatkan financing margin ada time limit iaitu 3 hari.
  5. Anda beli hari ini dalam tempoh 3 hari harus dijual sama ada untung atau rugi.
  6. Katakan anda untung kurang 3 hari, saham tersebut naik 20%. Maka anda mendapat keuntungan RM4000 (tidak termasuk duty stamp, processing fee).
  7. Tetapi andaikata saham tersebut jatuh 20% dari nilai pembelian, kini anda terpaksa menanggung kerugian berikut:

    – 20% kerugian bersamaan RM4000
    – Menanggung sekali nilai processing fee dan lain lain cas untuk semua unit saham yang dibeli.

Jika anda menggunakan modal sedia ada, anda mungkin kerugian RM2000+ sahaja tetapi anda menggunakan leverage, anda sudah kehilangan RM5000 dari modal.

Jadi beza antara kerugian 20% dengan 50% bakal anda tanggung. Itulah impak menggunakan financing margin dimana membuatkan kita rasa tamak dan seronok pada awalnya. Namun, modal kita akan hangus berganda pada masa akan datang.

Baca: Cara Orang Kaya Urus Wang & Hidup Mereka

Tidak ada seorang pun boleh menjamin keuntungan secara konsisten dalam pelaburan. Kita cuma boleh menguruskan risiko sebaik mungkin dan persoalan utama yang perlu anda jawab di sini, adakah berbaloi trade saham menggunakan hutang tanpa modal sendiri?

Fikir-fikirkan.

 

Share the Post: