Kami menyelidik semua jenama yang disenaraikan dan mungkin mendapat bayaran daripada rakan kongsi kami. Pertimbangan penyelidikan dan kewangan mungkin mempengaruhi cara jenama dipaparkan. Tidak semua jenama disertakan

Terbongkar 4 Cara Trade Saham Seperti Jerung di Pasaran

Ramai di kalangan kita selalu terfikir bagaimana cara trade saham seperti mereka di Wall Street. Namun, kepelbagaian teknik yang lahir di luar sana sering menjadikan kita mengalami keadaan analysis paralysis.

Chart penuh dengan indicator dan ditambah pula dengan contengan kreatif. Puluhan ribu dihabiskan dalam pasaran saham belum termasuk kos ke kelas sifu saham. Artikel ini bakal kongsikan 4 strategi digunapakai oleh fund manager di luar sana secara percuma.

  1. Global Macro Analysis

Di bawah global macro analysis, ada banyak komponen yang penganalisa titikberatkan.

  • Inflasi: Kenaikan Tingkat harga barangan dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Inflasi juga antara faktor utama naik turun kuasa pembelian pengguna.
  • Kadar Pengangguran (Unemployment Rate): Nisbah jumlah mereka yang tidak bekerja, kebolehan untuk berada dalam pasaran dan mengambil Langkah mencari pekerjaan dalam tempoh 4 minggu kebelakang.
  • Indikator ekonomi adalah data statistik yang digunakan untuk menilai kesihatan ekonomi sesebuah negara. Antara indikator penting yang digunakan dalam pasaran saham termasuklah:
  • Monetary Policy (Dasar Monetari): Dasar monetari yang ditetapkan oleh bank pusat seperti kadar faedah dan pembelian aset boleh mempengaruhi kecairan pasaran dan prestasi pasaran saham.
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK): KDNK adalah ukuran jumlah nilai pasaran semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam tempoh tertentu. Pertumbuhan KDNK yang kukuh biasanya menunjukkan ekonomi yang kukuh dan boleh membawa kepada pasaran saham yang lebih baik.
  • Indeks Pengeluaran Perindustrian: Ini mengukur output sektor perkilangan, perlombongan, dan utiliti. Indeks ini memberikan gambaran mengenai tahap aktiviti ekonomi dalam sektor-sektor utama.

2. Sentiment Analysis

Sentiment Analysis melibatkan pengukuran perasaan dan pandangan pelabur terhadap pasaran. Dua alat yang popular digunakan dalam Sentiment Analysis ialah:

  • VIX (Indeks Volatiliti): VIX adalah satu ukuran yang menunjukkan tahap ‘fear and greed’ pelabur terhadap pasaran. VIX yang tinggi menunjukkan ketidakpastian yang tinggi dalam pasaran, manakala VIX yang rendah menunjukkan pasaran yang lebih stabil.
  • Commitment of Traders (COT): Laporan COT memberikan gambaran mengenai kedudukan bersih pelabur besar dalam pelbagai instrumen kewangan. Ini membantu pelabur runcit untuk memahami sentimen keseluruhan di kalangan pelabur institusi besar.

3. Fundamental Analysis

Seterusnya, ramai pelabur nilai (value investor) menggunakan fundamenta analysis sebelum membeli sebarang saham. Fundamental analysis berkait dengan financial report sesebuah syarikat.

Antara metrik utama yang penting sebagai tapisan awal dalam analisis fundamental:

  • Current Ratio: Current ratio merupakan satu ratio untuk mengukur keupayaan syarikat dari sudut perbandingan asset berbanding hutang
  • Return on Equity (ROE): ROE adalah ukuran keupayaan syarikat untuk menghasilkan keuntungan daripada ekuiti pemegang sahamnya. ROE yang tinggi menunjukkan syarikat berupaya menjana pulangan yang baik kepada pelaburnya.
  • Profit Margin: Profit margin mengukur peratusan pendapatan keuntungan syarikat. Margin keuntungan yang tinggi menunjukkan kecekapan syarikat mengawal kos dan menjana keuntungan.
  • Gross Margin: Untung kasar pula mengukur peratusan pendapatan syarikat yang tinggal selepas ditolak kos barang yang dijual (COGS).
  • Earnings Per Share (EPS): EPS adalah keuntungan bersih syarikat yang dibahagikan kepada setiap saham biasa yang beredar. EPS yang tinggi menunjukkan syarikat mempunyai potensi yang lebih baik bagi menjana keuntungan bagi setiap saham.
  • Price to Earnings Ratio (PE Ratio): PE ratio adalah nisbah harga saham syarikat berbanding EPS-nya. Ia digunakan untuk menilai saham syarikat berbanding pesaing.

4. Technical analysis

Technical Analysis melibatkan analisis harga saham dan volume perdagangan untuk menjangkakan pergerakan harga di masa depan. Kata Ed Seykota, history repeat by itself.

Antara senarai teknik dalam technical analysis:

  • Price action: Pendekatan Naked Chart analysis berdasarkan pergerakan harga semasa tanpa menggunakan sebarang indicator lain untuk trade saham.
  • Moving Average: Moving average merujuk kepada indikator yang mengukur purata harga saham dalam tempoh masa tertentu.
  • Bollinger Bands: Bollinger bands adalah indikator yang menunjukkan tahap turun naik harga saham dan digunakan untuk mengenal pasti dimanakah zon belian dan jualan yang sesuai untuk pedagang.
  • Relative Strength Index (RSI): RSI indikator momentum yang mengukur perubahan pergerakan harga. Ia digunakan untuk mengenal pasti overbought dan oversold dalam pasaran.
  • Moving Average Convergence Divergence (MACD): MACD adalah indikator momentum yang menunjukkan hubungan antara dua moving average harga saham. Ia digunakan untuk mengenal pasti perubahan trend dalam pasaran.

 Bagaimana Jerung-jerung Besar Membuat Analisis?

Jerung-jerung besar di pasaran saham seperti bank pelaburan dan lain lain kerap dipanggil ‘smart money’. Mereka menggunakan pendekatan “bottom-up to top-down” dalam membuat analisis. Bermula dengan menganalisis ekonomi global, diikuti oleh ekonomi tempatan, dan kemudian menilai fundamental syarikat serta analisis teknikal sebelum mengeluarkan laporan analisis saham dan membuat cadangan pelaburan kepada pelanggan.

Pendekatan ini memastikan mereka mengambil kira pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pasaran saham sebelum membuat keputusan pelaburan. Walau bagaimanapun, tidak semua cadangan dari institusi besar ini sesuai untuk pelabur runcit, seperti yang sering diingatkan oleh pelabur terkenal seperti Warren Buffet dan pengurus dana seperti Anton Kreil.

Untuk berjaya dalam pasaran saham, pelabur perlu menguasai pelbagai jenis analisis termasuk Global Macro Analysis, Sentiment Analysis, Fundamental Analysis, dan Technical Analysis. Dengan menggabungkan semua jenis analisis ini, pelabur boleh membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan peluang untuk sukses dalam pasaran saham.

Bayangkan anda seorang yang mempunyai dana yang sangat besar. Adakah kita akan bersikap sambil lewa dalam melabur?

Tentulah tidak.

Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang teknik-teknik ini dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam pelaburan anda, pertimbangkan untuk belajar dengan Satria Saham, yang menawarkan pelbagai kursus dan latihan untuk membantu anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.

Baca: Cara Mohon Saham IPO di MITI

Share the Post: